suria

Ketahui punca kita tiba-tiba rasa pening macam nak pengsan ketika berdiri

Pening ketika berdiri biasa berlaku pada sesiapa sahaja.

PERNAH tak anda berasa pening secara tiba-tiba ketika berdiri? Perkara itu sebenarnya sering berlaku disebabkan oleh pengumpulan darah di kaki dan perut kerana graviti.

Keadaan ini akan menurunkan tekanan darah kerana ia kembali mengalir ke jantung. Kebiasaannya sel khas (baroreceptors) berhampiran arteri jantung dan leher akan merasakan tekanan darah rendah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja dibuat ulam, ada 5 manfaat daun betik kepada kesihatan anda

Ini akan menyebabkan seseorang berasa pening kepala ketika bangun dari sesuatu kedudukan seperti duduk.

Apabila terjadi situasi ini, rasa pening itu tidak segera hilang sebaliknya membuatkan seseorang berasa hendak pengsan dan terhuyung-hayang.



Rasa pening itu boleh disebabkan tekanan darah rendah ketika berada posisi duduk.

Penyebab pening ketika berdiri

Berasa pening ketika tiba-tiba berdiri juga petanda ada gangguan lain pada tubuh anda seperti;

1. Kerosakan sistem saraf otonom akibat gangguan atau ubat-ubatan

2. Penurunan kemampuan jantung untuk mengepam darah

3. Jumlah darah menurun (hipovolemia)

4. Respons hormon yang terganggu

5. Kelenjar adrenal yang kurang aktif

Bila sepatutnya seseorang mengalami perkara ini untuk berjumpa doktor?

Pening ketika bangun selepas duduk atau baring mungkin perkara biasa tetapi ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya berlaku gejala-gejala ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

1. Mengalami kesukaran berjalan atau keseimbangan tubuh tidak stabil

2. Jatuh atau pengsan

3. Sakit bahagian dada atau berasa tidak selesa (dada berasa ketat, sukar bernafas)



Bagi sesetengah orang, rasa pening itu turut disertai dengan keadaan berpusing-pusing seperti hendak pengsan.

Biasanya perkara ini boleh dicegah dengan perubahan gaya hidup seperti berikut;

1. Minum air yang cukup dan menghindari minuman keras

2. Bersenam secara kerap

Bersenam secara teratur dengan bebanan sederhana dapat meningkatkan otot pada dinding pembuluh darah serta mengurangkan pengumpulan darah di kaki.

Bagi sesetengah orang, meningkatkan pengambilan garam dapat meningkatkan pengekalan air dan mengurangkan gejala seperti disebut.

Doktor biasanya akan memberikan fludrokortison iaitu ubat yang membantu tubuh menahan garam dan air dalam mencegah tekanan darah turun ketika seseorang itu berdiri.

Bagaimanapun ubat ini dapat menyebabkan tekanan darah tinggi ketika pesakit dalam keadaan baring, kegagalan jantung serta kadar kalium dalam darah menurun.

Oleh itu, sekiranya mengalami gejala tersebut rujuk dengan doktor dan jangan makan ubat-ubatan sembarangan meskipun disarankan oleh orang tidak bertauliah kononya ia berkesan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain