TANDA awal diabetes penting untuk diketahui untuk mencegah penyakit ini berkembang menjadi semakin parah. Diabetes adalah penyakit yang menyebabkan kadar gula dalam darah seseorang melonjak dan keadaan itu dapat merosakkan organ serta jaringan tubuh manusia.ARTIKEL BERKAITAN: Ambil tahu... ada 5 alasan kenapa soda diet tidak bagus untuk kesihatan Health Line melaporkan, semakin tinggi paras gula dalam darah seseorang dan keadaan itu tidak ditangani, maka risiko mengalami pelbagai komplikasi juga meningkat. Jika tidak dirawat, pesakit diabetes terdedah kepada pelbagai penyakit lain termasuk serangan jantung. Berikut adalah beberapa komplikasi berkaitan dengan diabetes; 1. Penyakit jantung atau serangan jantung 2. Angin ahmar 3. Gangguan saraf 4. Nefropati atau penyakit buah pinggang akibat diabetes 5. Retinopati atau kehilangan penglihatan 6. Gangguan pendengaran 7. Luka lambat sembuh terutamanya pada bahagian kaki 8. Kemurungan 9. Dimensia 10. Kulit dijangkiti bakteria dan kulat Gejala awal diabetes Ramai tidak menyedari beberapa tanda awal penyakit diabetes jenis 2 namun jika dibiarkan ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi lain lebih parah. Berikut adalah beberapa gejala seseorang itu menghidap diabetes. 1. Kerap kencing Ketika kadar gula dalam darah tinggi, buah pinggang akan cuba membuang lebihan gula dengan menyaringnya keluar daripada darah. Perkara ini dapat menyebabkan seseorang lebih kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam. 2. Haus berlebihan Apabila sering membuang air kecil menyebabkan tubuh kehilangan air yang banyak. Ia menyebabkan dehidrasi dan membuatkan seseorang berasa lebih haus daripada kebiasaan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] 3. Lapar Penderita diabetes biasanya tidak mendapatkan tenaga yang cukup daripada makanan yang dimakan. Ini kerana sistem pencernaan memecah makanan menjadi gula sederhana (glukosa) yang digunakan tubuh sebagai bahan bakar. Apabila itu berlaku, glukosa tidak dapat bergerak dalam alirah darah ke sel-sel tertentu. Akibatnya, pesakit akan sentiasa berasa lapar. 4. Cepat penat Apabila tiada tenaga, pesakit akan mudah berasa penat. Ia disebabkan kurangnya gula yang berpindah daripada aliran darah ke sel-sel tubuh. 5. Penglihatan kabur Lebihan gula dalam darah boleh merosakkan pembuluh darah kecil pada mata yang boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Ia boleh berlaku kepada kedua-dua belah mata dan akan datang dan pergi. Jika pesakit tidak segera mendapatkan rawatan, kerosakan itu boleh bertambah parah dan lebih malang, hilang pengelihatan. 6. Luka lambat sembuh Kadar gula yang tinggi dalam darah dapat merosakkan saraf dan pembuluh darah yang boleh mengganggu pengedaran darah. Akibatnya luka boleh memakan waktu untuk sembuh. Penglihatan kabur ini bisa terjadi di salah satu atau kedua mata dan bisa datang dan pergi. Jika penderita diabetes ini melalui proses merawat, kerosakan pada pembuluh darah bisa menjadi lebih parah. Bukan tidak mungkin setelah itu kehilangan penglihatan permanen dapat terjadi. 7. Kesemutan, mati rasa dan sakit pada tangan atau kaki Kadar gula dalam darah yang tinggi dapat mempengaruhi pengaliran darah dan merosakkan saraf tubuh manusia. Ia dapat menyebabkan kesakitan atau sensasi kesemutan atau mati rasa pada tangan dan kaki. Keadaan ini dikenali sebagai neuropati dan ia boleh menjadi bertambah buruk sekiranya pesakit tidak mendapatkan rawatan dan mengambil ubat bagi mengawal gula dalam darah. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!