suria

Kenapa bila lapar rasa nak marah? Ini jawapannya

Rasa lapar dan marah mempunyai kaitan.

APABILA perut lapar, kita akan rasa tak senang duduk sampai ada mengeluarkan istilah 'hangry' iaitu gabungan daripada hungry dan angry (lapar dan marah).

Kononnya bagi menggambarkan rasa lapar mudah membuatkan seseorang berasa marah, betul ke?

ARTIKEL BERKAITAN: Risau air kencing keruh... Ketahui 5 jenis makanan penyebabnya!

Sebenarnya kombinasi lapar dan marah merupakan respons emosi yang rumit. Perkara itu melibatkan interaksi biologi, personaliti dan bahasa tubuh.

Marah adalah respons emosi ketika tubuh berasa terancam atau berada dalam bahaya. Otak menerusi hipotalamus-pituitary-adrenal (HPA) akan aktif dan memicu perasaan lawan atau lari.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada sesetengah orang, rasa lapar boleh dianggap sebagai ancaman, jadi sebab itu ada yang mudah marah apabila lapar.

Rasa lapar dalam tempoh yang panjang juga boleh membuatkan tubuh berasa tertekan. Apabila hormon tertekan dilepaskan, maka hormon serotonin akan menurun yang berfungsi menjaga hati.

Kadar serotonin yang rendah sangat berkaitan dengan munculnya rasa marah termasuk apabila seseorang itu lapar.

Bagaimanapun ketika seseorang itu berpuasa di bulan Ramadan, perkara ini biasanya dapat dikawal disebabkan puasa akan mengatur dan mengaktifkan metabolisme tubuh termasuk gantian keerja hormon insulin dan glukoasa.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

lapar, marah, emosi, tertekan, famili, kesihatan

Artikel Lain