AIR kencing adalah zat cecair buangan yang terkumpul di dalam pundi kencing dan dikeluarkan daripada tubuh melalui saluran air kencing. Kebiasaannya, air kencing yang normal adalah berwarna kuning cerah dan jernih. Jika urin berubah menjadi keruh, ia boleh disebabkan pelbagai faktor termasuk pemakanan.ARTIKEL BERKAITAN: Pernah alami sakit tekak ketika bangun tidur? Ketahui sebab dan cara mengatasinya Penyebab air kencing keruh ini biasanya tidak berbahaya tetapi ada beberapa situasi perlu dirujuk kepada pakar kerana ia boleh menjadi gejala penyakit buah pinggang. Berikut adalah lima jenis makanan yang boleh menjadi penyebab air kencing keruh; 1. Susu dan produk tenusu Fostor adalah mineral yang diperlukan untuk kesihatan tulang manusia. Bagaimanapun, pengambilan fostor berlebihan menerusi produk tenusu atau susu, ia tidak akan diserap oleh tubuh sebaliknya ia dilepaskan sebagai air kencing yang keruh. 2. Daging Sama seperti produk tenusu, pengambilan terlalu banyak daging dapat menyebabkan tubuh seseorang mengeluarkan fostor berlebihan melalui air kencing dan akibatnya air kencing menjadi keruh. Jadi sebaik-baiknya, kawal pengambilan daging serta elakkan daging yang telah diproses. 3. Makanan laut Beberapa jenis makanan laut seperti ikan, kerang mengandungi purin yang tinggi iaitu senyawa yang diproses tubuh menyebabkan pembentukan asid urik dalam air kencing dan mejadi keruh. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Bagaimanapun, makanan laut masih mempunyai pelbagai khasiat seperti protein tanpa lemak, mineral dan omega 3 yang mampu melawan keradangan dan meningkatkan kesihatan jantung. 4. Makanan dan minuman manis Air kencing keruh boleh disebabkan oleh pengambilan gula yang tinggi. Pengambilan fruktosa tinggi turut dikaitkan dengan pembentukan hiperurikosuria. Metabolisme fruktosa dalam tubuh akan mendorong pembentukan asid urik dan kerana itu makanan yang tinggi fruktosa dapat menyebabkan asid urik berlebihan dalam air kencing dan menjadi keruh. Fruktosa biasanya boleh didapati dalam buah-buahan, madu dan malose. Ia juga merupakan komponen utama sirap jagung yang digunakan dalam air soda, minuman bergula, sos, roti dan sebagainya. 5. Makanan masin Makanan masin seperti kerepek, sup, daging proses turut menyebabkan air kencing menjadi keruh. Ini kerana, makanan dengan kandungan garam yang tinggi dapat mempengaruhi keseimbangan cecair tubuh dan menyebabkan buah pinggang menahan air. Jika makan terlalu banyak garam dan kurang minum air, seseorang boleh mengalami dehidrasi. Keadaan ini dapat menyebabkan urin berwarna gelap dan keruh dan jumlah air kencing juga lebih sedikit. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!