suria

Bukan sahaja untuk fesyen dan gaya, ketahui 5 kebaikan pakai kaca mata hitam

Penyanyi Haqiem Rusli terkenal dengan imejnya yang gemar memakai kaca mata hitam.

RAMAI orang memakai kaca mata hitam kerana ingin berfesyen namun sebenarnya tabiat itu turut memberi kebaikan dalam menjaga kesihatan mata.

Kaca mata hitam pada dasarnya direka sebagai salah satu bentuk perlindungan mata daripada paparan sinaran ultraviolet berlebihan terutamanya ketika melakukan aktiviti luar dalam cuaca panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pentingkah jenama vaksin sebelum ambil suntikan? Ini jawapan kepada persoalan yang mungkin ada di minda anda sebelum ini

Faktanya, terdapat berberapa masalah kesihatan mata disebabkan oleh paparan sinaran UV berlebihan dan di sinilah manfaat kaca mata hitam dapat memainkan peranannya.

American Optometric Association bahkan menyarankan kita untuk selalu menggunakan kaca mata hitam pada waktu siang.

Berikut lima kelebihan memakai kaca mata hitam untuk kesihatan.

1. Mencegah katarak

Sinaran UV adalah salah satu faktor penyebab masalah katarak. Katarak merupakan lapisan kabur yang terbentuk pada mata. Ia muncul ketika protein pada mata membentuk gumpalan yang mencegah mata mengirimkan gambaran jelas ke retina yang akhirnya mengganggu penglihatan.

British Medical Journal melaporkan, paparan sinaran UV dapat menyebabkan pembentukan katarak. Radiasi UV juga menjadi faktor kerosakan retina pada kanak-kanak.

2. Mencegah degenerasi makula

Selain menurunkan risiko katarak, penggunaan kaca mata hitam juga dapat melindungi mata dari ancaman degenerasi makula. Ia melindungi mata daripada cahaya biru sebagai salah satu spektrum matahari yang dapat memicu degenerasi makula.

Degenerasi makula menyebabkan hilangnya penglihatan di bahagian tengah penglihatan. Penglihatan yang kabur adalah salah satu gejala utamanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mengutip laman American Macular Degeneration Foundation, cahaya biru adalah bahagian dari spektrum cahaya matahari berbahaya bagi mata. Cahaya biru ini dapat merosakkan retina mata.

3. Mencegah fotokreatitis

Penggunaan kaca mata hitam juga disebut dapat mencegah fotokreatitis. American Academy of Ophthamology melaporkan, fotokreatitis akan membuatkan mata terasa seperti terbakar. Keadaan ini akan mempengaruhi lapisan permukaan nipis kornea dan konjungtiva.

Selain disebabkan oleh kerosakan mata akibat sinaran UV, fotokreatitis juga dapat dipicu oleh pantulan sinaran matahari daripada pasir, air, ais, dan salji. Ia juga boleh belaku sekiranya anda memandang tepat ke arah matahari seperti menyaksikan gerhana matahari tanpa menggunakan alat perlindungan khusus.

4. Penglihatan lebih baik pada waktu siang

Matahari yang terik akan membuatkan penglihatan tidak sempurna tetapi jarang ia diberi perhatian. Penggunaan kaca mata hitam boleh membuatkan penglihatan lebih baik.

5. Lebih mudah sesuaikan diri dengan kegelapan

Pertukaran cuaca dari terang ke gelap boleh menimbulkan rasa kurang senang pada mata. Contohnya, memasuki ruang rumah yang gelap selepas seharian berada di luar rumah.

Paparan cahaya terang boleh membuatkan seseorang lebih sukar menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan kegelapan namun pemakaian kaca mata hitam boleh membantu mata untuk mudah menyesuaikan diri dengan keadaan gelap.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain