SEJAK kelmarin timbul pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat selepas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka berganda dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Rata-rata mempersoalkan sama ada tindakan itu berkesan untuk membendung penularan virus berbahaya itu atau ia sekadar langkah berjaga-jaga.ARTIKEL BERKAITAN: Pentingkah jenama vaksin sebelum ambil suntikan? Ini jawapan kepada persoalan yang mungkin ada di minda anda sebelum ini Menjelaskan mengenai perkara itu, Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman memaklumkan, perkara itu hanya cadangan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) dalam meningkatkan tahap perlindungan atau penapisan pada pelitup muka. Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan penggunaan pelitup muka berganda mempunyai kebaikan terutama ketika negara berhadapan dengan lambakan kes Covid-19. Ini jelasnya, berdasarkan kajian CDC, pemakaian pelitup muka secara berganda dapat memberikan perlindungan sehingga 85.4 peratus berbanding hanya 56.1 peratus jika memakai pelitup muka perubatan tunggal (selapis). "Sebenarnya dalam musim sekarang dengan penularan wabak yang lebih bahaya atau varian Covid-19 baharu ini kita cukup digalakkan untuk memakai dua lapisan pelitup muka. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Ini termasuklah jika berada di tempat berisiko tinggi seperti hospital, klinik atau tempat yang sesak dan sempit," jelasnya. Dr Arisman menjelaskan pemakaian pelitup muka berganda juga bukan boleh dilakukan secara semberono sebaliknya lapisan pertama perlu menggunakan pelitup muka perubatan (3 ply surgical mask/medical mask) sebelum memakai pelitup muka kain sebagai lapisan kedua. Dengan cara ini jelasnya, ia dapat mengetatkan dan memastikan pelitup muka lapisan pertama tidak menjadi longgar dan menutupi ruang di celah-celah tepi, atas dan bawah pelitup muka. Panduan dikeluarkan CDC mengenai pemakaian pelitup muka beganda. "Jangan pakai dua pelitup muka 3 ply surgical mask pada masa yang sama, ia tidak disarankan oleh CDC atau pun WHO. "Sudah pasti apabila memakai pelitup muka berganda, akan timbul rasa tidak selesa atau sukar bernafas. Jika perkara ini berlaku termasuk serangan panik, sebaik-baiknya hanya pakai satu lapis pelitup muka sahaja. "Anda masih selamat dengan menggabungkan langkah-langkah pencegahan lain seperti mengamalkan penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan," jelasnya. Sementara itu, Dr Arisman menjelaskan apa paling penting adalah memakai pelitup muka perlu dilakukan dengan cara yang betul dan membuang tabiat meletakkan pelitup muka di dagu atau menggunakannya berulang kali. Ia penting dalam memberi perlindungan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga orang sekeliling. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!