SODA diet merupakan sejenis minuman ringan dengan pemanis buatan tanpa gula dan hampir tidak mengandungi kalori. Minuman jenis ini didakwa dapat mengurangkan pengambilan gula dan membantu mengurangkan berat badan bagi yang sedang melalui tempoh diet.ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke ventilator ‘matikan’ pesakit Covid-19? Ini penjelasan sebenar penggunaannya Bagaimanapun, sejumlah kajian menunjukkan pengambilan soda diet tidak mampu menurunkan berat badan malah mendedahkan seseorang kepada bahaya. 1. Tiada khasiat Soda diet mengandungi pewarna, perasa dan bahan tambahan yang lain dan umumnya ia tidak memiliki nilai gizi yang diperlukan tubuh. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] 2. Meningatkan risiko obesiti Sejumlah kajian menunjukkan pengambilan soda diet dapat meningkatkan risiko obesiti dan sindrom metabolik. 3. Meningkatkan nafsu makan Kajian juga mendapati soda diet dapat meningkatkan nafsu makan kerana ia merangsang hormon lapar, mengubah reseptor rasa manis dan memicu respons dopamin pada otak. 4. Meningkatkan risiko diabetes Minuman ini juga dikaitkan dengan diabetes jenis dua. Kajian pada 64,000 wanita mendapati ia meningkatkan risiko terkena diabetes kepada 21 peratus. 5. Risiko penyakit jantung dan angin ahmar Soda diet juga dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan angin ahmar. Kajian dilakukan terhadap 220,000 koresponden menunjukkan ia meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung sehingga sembilan peratus. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!