suria

Asyik mengidam sejak 'lockdown'... Ini 5 cara kawal nafsu makan anda

Dalam tempoh sekarang ramai yang tak dapat kawal pemakanan.

SEMENJAK 'lockdown' pasti ramai daripada kita yang asyik mengidam atau mempunyai keinginan untuk mengunyah pelbagai makanan.

Faktanya, lebih 90 peratus populasi di dunia akan mengidam makanan dan apabila ia datang, memang sangat sukar untuk ia diabaikan sehingga membuatkan kita sering tumpas dan menjamah pelbagai makanan tidak sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui punca kita tiba-tiba rasa pening macam nak pengsan ketika berdiri

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mengelak diri kita untuk mengawal nafsu makan terutamanya dalam tempoh pandemik.

1. Pengambilan kalori yang cukup

Tanpa kalori dan nutrisi yang cukup, tubuh kita memang akan memberi singnal untuk mengambil makanan tertentu.

Beberapa kajian juga menunjukkan diet tanpa kalori akan meningkatkan nafsu makan. Jadi sebaik-baiknya seimbangkan diet anda agar tidak memicu rasa mengidam ketika duduk di rumah.

2. Hindari diet ketat

Ramai yang berazam untuk mengurangkan berat badan sepanjang tempoh PKP ketika ini dan menjalani diet ketat. Sebenarnya diet yang ketat hanya akan menyebabkan keinginan untuk makan yang lebih besar.

Daripada diet ketat, adalah lebih baik memilih pola pemakanan yang berkhasiat dan seimbang agar proses menurunkan berat badan menjadi lebih cepat tanpa perlu berlapar.

3. Jangan tunggu lapar baru makan

Membiarkan perut anda lapar dapat meningkatkan risiko mengidam yang kuat. Apabila tubuh berada dalam keadaan lapar, tubuh akan memberi singnal agar kita makan lebih banyak agar gula dalam darah kembali normal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebenarnya apabila kandungan dalam gula dalam darah berada pada paras normal, nafsu makan dan perasaan mengidam tidak akan berlaku. Jadi adalah lebih baik kita makan sebelum lapar.

4. Makanan mengenyangkan

Cara tepat untuk mengendalikan nafsu makan adalah dengan mengambil makanan yang mengenyangkan kerana ia mampu membuat kita bertahan lebih lama tanpa mengidam benda yang lain.

5. Jangan obses dengan kalori

Apabila kita obses dengan berapa kandungan kalori yang diambil ia boleh membuatkan seseorang menjadi tertekan dan akan beralih kepada makanan.

Kajian juga mendapati seseorang yang lebih fleksibel dan tidak obses terhadap apa dimakannya dapat membantu penurunan berat badan. Bagaimanapun pastikan pemilihan makanan itu tepat dan seimbang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain