suria

Mahukan gaya hidup lebih sihat? Sudah tiba masanya untuk kita amalkan detoks digital

Putuskan seketika hubungan digital, berhubung semula secara emosi dan fizikal untuk gaya hidup yang lebih sihat.

SETIAP masa nak periksa telefon dan kemas kini media sosial, tak tengok handphone sehari mulalah rasa tak lengkap hidup!

Pernah tak anda berada seperti situasi di atas? Pasti pernah kerana kebanyakan kita di dunia hari ini menjadikan teknologi digital sebagai keperluan harian.

ARTIKEL BERKAITAN : Vaksin selamat untuk ibu hamil? Ini 4 persoalan yang perlu wanita ambil tahu

Memang tidak dinafikan telefon dan aplikasi di dalamnya memudahkan kehidupan seperti membantu mencari informasi, berhubung dengan ahli keluarga, membuat pembelian dan urusan-urusan lain.

Namun sedarkah anda bahawa ia dapat memberi impak negatif pada rutin harian sehingga mampu menyebabkan tekanan dan stres tanpa anda sedar.

Memang susah untuk meninggalkan telefon bimbit atau gajet kerana ia sudah jadi sebahagian daripada alat penting dalam kehidupan kita.

Namun terdapat beberapa alasan yang boleh dijadikan motivasi bagi permulaan amalan detoks digital bersama keluarga.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Media sosial sering membuatkan pengguna ketagih dan mudah percaya dengan apa yang dipaparkan.

Tidak kira sama ada individu atau syarikat, masing-masing menganggap apabila tidak menggunakan media sosial maka tiada yang akan mengenali mereka.

Penulis falsafah komputer, Jaron Lanier dari Amerika Syarikat berpendapat sesiapa yang meninggalkan media sosial seketika, mereka akan mampu melihat lebih nyata tentang diri sendiri dan kehidupannya.

Harus diingat, media sosial menggunakan iklan untuk mendapat lebih banyak keuntungan yang diperolehi melalui anda selaku penggunanya.

Ramai antara kita yang mudah terjebak apabila terdapat sebarang pengiklanan atau jualan murah sehingga menjejaskan wang perbelanjaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berhenti untuk seketika dari media sosial bukanlah bererti mahu memutuskan hubungan anda dari dunia luar namun ia penting untuk menghasilkan perubahan gaya hidup yang lebih baik.

Artikel Lain