suria

Takut sendirian, merajuk antara ciri-ciri kanak-kanak stres akibat pandemik

Kanak-kanak juga boleh berasa tertekan dengan situasi pandemik ketika ini.

SIAPA kata hanya golongan dewasa yang tertekan ketika pandemik? Kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami stres tanpa kita sedari.

Bayangkan selama lebih setahun ini mereka hilang kebebasan, perlu sentiasa duduk di rumah, tidak dapat pergi ke sekolah berjumpa dengan rakan-rakan atau bermain di padang permainan seperti kebiasaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdegup laju tak semestinya sakit jantung... Ketahui 10 penyebabnya!

Kebosanan menjalani rutin yang sama setiap hari turut boleh menyebabkan mereka tertekan! Atas sebab itu penting bagi ibu bapa untuk memberi lebih perhatian kepada golongan ini agar mereka tidak mengalami tekanan atau kemurungan akibat pandemik.

Sebenarnya kanak-kanak masih belum mampu memberitahu mereka tertekan, sedih atau berasa tidak gembira dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tingkah laku mereka.

Masalah kesihatan mental pada kanak-kanak boleh berlaku dengan beberapa gejala seperti berikut.

1. Sukar tidur dan makan

Ketika kanak-kanak mengalami stres, pola tidur mereka boleh terganggu dan lebih mudah terbangun pada waktu malam.

Selain itu, ia juga membuatkan selera makan berubah. Salah satu sebabnya adalah rasa bosan dengan makanan di rumah.

2. Takut bersendirian

Apabila seorang kanak-kanak berada dalam keadaan tertekan, mereka lebih mudah berasa takut apabila bersendirian.

3. Pendiam atau agresif

Ibu bapa perlu berwaspada ketika anak enggan bersosial dengan anggota keluarga dan lebih suka berinteraksi dengan orang asing seperti kenalan di media sosial.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

4. Hilang minat

Kanak-kanak biasanya sangat mudah tertarik kepada pelbagai perkara namun tekanan boleh menghilangkan minat mereka terhadap sesuatu perkara.

5. Mudah sakit

Tekanan juga boleh menyebabkan ia memberi kesan kepada fizikal kanak-kanak seperti kerap sakit perut, demam dan sebagainya.

6. Ketakutan baharu

Tekanan juga memicu ketakutan lain yang relatif baharu pada kanak-kanak seperti lampu bilik yang dimatikan, mereka akan berasa takut terhadap kegelapan meskipun sebelum ini ia adalah perkara biasa.

7. Mudah bersedih, merajuk

Dalam keadaan stres, kanak-kanak menjadi lebih sensitif seperti mudah berasa sedih dan menangis meskipun yang mengganggunya hanyalah perkara remeh.

Ia juga berlaku disebabkan outburst atau letupan emosi tanpa penyebab yang jelas.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain