suria

Jangan pandang ringan... ruang tertutup tetap ada risiko jangkitan Covid-19!

Virus Covid-19 kini merebak melalui udara.

BARU-BARU ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan virus Covid-19 boleh merebak melalui udara dan tidak lagi secara titisan ketika seseorang itu bercakap, bersin atau batuk.

Ketua Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan di International Medical University, Profesor Dr James Koh Kwee Choy berkata, sudah ada laporan yang mengatakan rantaian jangkitan sukar dikesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin selamat untuk ibu hamil? Ini 4 persoalan yang perlu wanita ambil tahu

Ini menyebabkan ramai pakar bersetuju bahawa Covid-19 mungkin merebak melalui udara, lantas menjadikan kadar penyebaran kian cepat dan meluas.



Peredaran udara tertutup seperti di dalam bangunan atau di dalam kenderaan, risiko jangkitan virus yang berlegar di udara adalah lebih tinggi.

“Sebagai contoh, apabila anda berada di dalam ruang tertutup dengan sistem peredaran udara tertutup seperti di dalam bangunan atau di dalam kenderaan, risiko jangkitan virus yang berlegar di udara adalah lebih tinggi, ” jelasnya.

Justeru, benarkah duduk di dalam bilik berhawa dingin tidak bagus berbanding berada di luar? Prof James menjelaskan, fungsi pendingin hawa ialah mengitar semula udara di dalam ruang berkenaan.

“Kalau ada pesakit Covid-19 di dalam sesebuah kenderaan, udara yang dihembusnya akan diedarkan semula di dalam persekitaran sama. Risiko jangkitan akan menjadi lebih tinggi berbanding jika berada di kawasan lapang, ” katanya.

Disebabkan itu, kerajaan telah memberikan sedikit kelonggaran bagi sesetengah peraturan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di mana anda dibenarkan berjoging sendirian berbanding PKP pertama yang menetapkan larangan keluar kawasan rumah sepenuhnya.



Ketua Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan di International Medical University, Profesor Dr James Koh Kwee Choy.

Persoalan kedua adalah jika pendingin hawa yang menggunakan sistem berpusat lebih baik daripada unit jenis berasingan?

“Bergantung juga pada sistem penapisan udara yang digunakan (seperti penyaman udara) dan sama ada ia kerap diselenggara.

"Hari ini, ada pelbagai jenama yang menawarkan pendingin hawa dengan sistem pengion (ionizer) dan alat penapis HEPA (partikel udara berkecekapan tinggi) untuk mengurangkan risiko jangkitan.

“Sebagai contoh, sistem pendingin udara yang digunakan di dalam pesawat boleh menapis udara dengan baik kerana ia mempunyai sistem yang canggih.

"Belum ada laporan mengatakan Covid-19 berjangkit pada kesemua penumpang di dalam sesebuah pesawat meskipun mereka duduk di dalam ruang yang sama selama berjam-jam lamanya, ” katanya.



Pemakaian pelitup muka sangat penting.

Namun, Prof James memberitahu, cara terbaik untuk mendapat pengedaran udara yang baik adalah dengan membuka tingkap di ruang yang tertutup.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Atas sebab itu juga kata Prof James, saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) agar menggunakan teknik pemakaian dua lapisan penutup muka ketika berada di luar adalah baik.

Prof James berkata, pelitup muka kain lebih sesuai dipakai jika anda melakukan aktiviti riadah di Kawasan luar yang anda pasti tidak ramai orang. Menggunakan pelindung muka plastik (face shield) atau goggle juga boleh memberi lapisan perlindungan tambahan.

“Pelindung muka plastik melindung anda daripada titisan menerusi bersin atau batuk tetapi tidak dapat menghalang seratus peratus (jangkitan Covid-19), ” tambahnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain