VARIAN Delta yang ditemui di India kini menjadi salah satu jenis varian paling berbahaya di seluruh dunia. Kajian mendapati varian itu dapat menular lebih cepat iaitu 40 hingga 60 peratus lebih pantas berbanding varian Alpha yang ditemui di Eropah.ARTIKEL BERKAITAN: Cukup cepat merebak melalui udara, ketahui 5 gejala Covid-19 varian Delta Disebabkan itu, ketika ini berlaku gelombang pandemik baharu di seluruh dunia dan ia telah tersebar setidak-tidaknya di 98 negara termasuk Malaysia. Data menunjukkan bahawa virus varian itu lebih mudah menjangkiti orang tertentu, termasuklah;Golongan muda dan belum divaksin lebih terdedah kepada varian ini. 1. Golongan muda 2. Golongana yang belum atau tidak divaksin 3. Golongan yang baharu menerima satu dos vaksin 4. Kajian juga mendapati warga emas berusia 50 tahun ke atas paling berisiko meninggal dunia disebabkan jangkitan varian ini. Data ini diperolehi selepas menganalisa 92,029 kes sejak Februari hingga pertengahan Jun lalu. Sekitar 83,000 kes terjadi pada individu berusia bawah 50 tahun, manakala 53,000 daripadanya masih belum divaksin. Pada kelompok yang belum divaksin, sebahagian besar atau 52,000 kes terjadi pada individu di bawah 50 tahun. Hanya 976 kes dilaporkan menjangkiti golongan emas. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Namun angka kematian tertinggi berlaku daripada kelompok itu dengan jumlah 117 orang. "Kajian yang dilakukan di Eropah ini menunjukkan bahawa kanak-kanak dan golongan dewasa di bawah usia 50 tahun lebih berisiko dijangkiti varian Delta," kata penyelidik Universiti Yale, Inci Yildrim. Varian Delta memiliki mutasi pada lonjakan protein sehingga membuatkannya lebih mudah menjangkiti sel manusia. Mutasi virus ini juga membuat gejala yang muncul berbeza berbanding varian lain. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!