suria

Banyak makan daging korban... jom segarkan diri, 5 jus ini banyak manfaatnya!

Jus limau nipis bukan sahaja sedap tetapi mempunyai pelbagai khasiat.

SEHARI dua ini pasti ramai daripada kita yang makan pelbagai masakan berasaskan daging lembu dan kambing korban bersempena Hari Raya Aidiladha.

Namun sayang, makan daging berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan dan sebaik-baiknya ia diimbangi dengan pengambilan makanan sihat yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Terjaga waktu malam sebab sakit perut, anda mungkin alami 4 perkara ini

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk menyeimbangi pola pemakanan disebabkan pengambilan daging berlebihan di musim raya ketika ini termasuk menambah sayur-sayuran, ulam-ulaman dalam diet.

Tapi bagi yang inginkan kelainan, minuman juga boleh membantu proses 'mencuci' badan disebabkan terlalu banyak makan daging.

Jus Lemon

1. Jus lemon

Jus lemon bukan sahaja menyegarkan namun kaya dengan vitamin C. Kandungannya dapat meneutralkan kadar lemak dalam tubuh selepas makan daging merah.

Jus Timun

2. Jus timun

Timun bukan sahaja enak sebagai ulam tetapi dijadikan jus. Untuk menambah kesedapannya, tambah perahan limau serta sedikit gula.

Ia kaya dengan antioksidan sekaligus mampu mencegah dehidrasi selepas tubuh bekerja keras mencerna daging. Timun juga baik untuk penderita darah tinggi dan mengawal kandungan gula dalam darah.

Jus Tembikai

3. Jus tembikai

Tembikai memiliki kandungan air yang tinggi berbanding buah-buahan yang lain. Ia juga dapat menjadi alternatif pengganti air dalam badan.

Tembikai juga kaya dengan vitamin C yang membantu mencegah lemak daging menyerap dalam tubuh.

Jus Nanas

4. Jus nanas

Jika ada yang mengalami masalah penghadaman disebabkan makan daging, cuba minum jus nanas. Ia bermanfaat melancarkan sistem pencernaan kerana kandungan seratnya yang tinggi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Nanas juga baik untuk individu yang mengalami masalah kolesterol dan tekanan darah tinggi. Nak lebih sedap tambahkan sedikit madu asli dan perahan limau atau lemon. Memang sedap!

Jus Limau Nipis

5. Jus limau nipis

Jus limau nipis memang cukup popular dalam masyarakat Malaysia dan ia sebenarnya sangat kaya dengan zat flavonoid yang meminimumkan kolesterol jahat dalam tubuh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain