KOLESTEROL tinggi atau hiperlipidemia meningkatkan risiko serangan pelbagai penyakit serius yang lain. Tetapi bagaimana ingin mengenali gejala kolesterol tinggi? Kolesterol tinggi terjadi ketika kadar lipid atau lemak dalam darah meningkat. Kadar lemak jahat atau LDL yang tinggi akan membuatkan lemak menumpuk pada pembuluh darah sehingga menekat aliran darah ke arteri.ARTIKEL BERKAITAN: Terjaga waktu malam sebab sakit perut, anda mungkin alami 4 perkara ini Jika dibiarkan kolesterol tinggi boleh mengakibatkan penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular sehingga risiko serangan angin ahmar. Pakar perubatan Dr. Borries Foresto Buharman menjelaskan sebenarnya tiada gejala khusus kolesterol tinggi dan biasanya ujian darah dilakukan untuk mengetahui tahap kolesterol seseorang.Kolesterol tinggi menyebabkan pembuluh darah tersumbat. "Secara umumnya jika terjadi peningkatan kadar lipid, gejala umum biasanya hampir tiada tetapi yang boleh kita lihat adalah gejala daripada penyakit yang mungkin tumbul akibat kadar lipid yang tinggi itu," katanya kepada CNN. Beberapa gejala yang sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi adalah seperti sakit pada bahagian leher, mudah penat serta sakit pada bahagian dada. Namun sebenarnya gejala-gejala ini adalah tanda daripada penyakit serius lain yang mungkin berlaku disebabkan peningkatan kadar kolesterol dalam darah. Dr. Borries memberitahu, sakit dada, tengkuk atau mudah penat sebenarnya adalah tanda-tanda sakit berkaitan jantung, obesiti atau darah tinggi.Disfungsi ereksi dalam kalangan lelaki dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi. Disfungsi ereksi Disfungsi ereksi pada kaum lelaki juga disebut-sebut sebagai gejala kolesterol tinggi, namun ia juga adalah petanda kepada masalah lain disebabkan tahap kolesterol tinggi. Dr. Borries memberitahu keadaan itu berlaku ketika pembuluh darah tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyalurkan darah ke bahagian zakar dan membuatnya menegang. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Terdapat pelbagai sebab membuatkan pembuluh darah tersumbat di bahagian itu dan salah satunya adalah kolesterol tinggi. "Beberapa masalah yang boleh terjadi dan penyebab disfungsi ereksi antaranya adalah hiperkolesterol dan hipertensi yang tidak disedari. "Ia mampu memberi kesan kepada zakar kerana pembuluh darah di bahagian itu paling kecil dan akan menerima kesan lebih cepat berbanding bahagian lain," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!