RASA pahit dalam mulut boleh terjadi apabila seseorang itu makan makanan pedas atau masam dan ia adalah perkara biasa. Bagaimanapun, ia menjadi luar biasa apabila rasa pahit itu kekal untuk tempoh yang lama.ARTIKEL BERKAITAN: Telinga berdengung boleh disebabkan gejala masalah pendengaran dan gangguan sendi Medical News Today melaporkan rasa adalah deria kompleks yang dapat dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kebersihan gigi, mulut kering dan kehamilan. Perubahan rasa yang terus menerus dikenali sebagai 'dysgeusia' dan ia merupakan situasi tidak menyenangkan dengan mulut terasa kering, berbau, pahit seperti logam dan makanan yang dimakan berubah rasa. Banyak penyebab kepada masalah ini dan antaranya adalah seperti berikut; 1. Mulut kering 2. Masalah gigi dan mulut 3. Kehamilan 4. Gerd 5. Sindrom mulut terbakar 6. Menopause 7. Tekanan 8. Kerosakan saraf 9. Pengambilan ubat-ubatan 10. Menghidap penyakit tertentu termasuk kanser Kebiasaannya doktor akan mendiagnosis masalah dan bertanya tentang gejala dan sejarah perubatan sebelum meneruskan rawatan kepada masalah itu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Di samping itu terdapat beberapa cara tradisional yang boleh membantu mengurangkan masalah ini seperti; 1. Menggosok gigi dan lidah dengan teratur 2. Menggunakan ubat pencuci mulut 3. Mengunyah gula-gula getah bagi menjaga air liur dalam mulut 4. Minum banyak air 5. Elak makanan berminyak dan pedas 6. Berhenti merokok (bagi yang menghisap rokok) Bagaimanapun kaedah-kaedah ini mungkin tidak menyelesaikan masalah itu untuk sesetengah orang sebaliknya mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terutamanya bagi yang mempunyai penyakit tertentu dan mengambil ubat-ubatan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!