KITA mungkin sudah biasa menggunakan papan pemotong untuk memotong daging, sayur atau buah-buahan. Ia mungkin nampak remeh kerana kita beranggapan papan pemotong boleh digunakan untuk memotong apa saja jenis makanan. Tapi siapa sangka, tabiat tersebut sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada nyawa kita. ARTIKEL BERKAITAN: Terjaga waktu malam sebab sakit perut, anda mungkin alami 4 perkara ini ARTIKEL BERKAITAN:Kanak-kanak muntah ketika menangis, bahaya atau tidak? Profesor dan Ketua Program Sains Makanan dan Pemakanan Manusia di Iowa State University, Ruth S. MacDonald berkata, terdapat dua kelas mikroorganisma yang berkait rapat dengan makanan dan salah satu daripadanya adalah organisma patogen yang boleh membuat anda sakit. Dalam perkongsian di portal Popular Science, McDonald berkata, selalunya mudah untuk mengetahui sekiranya mikroorganisma yang menyerang makanan anda. Sebagai contoh, terdapat ketumbuhan, cecair, gumpalan serta makanan berbau busuk. Memakan makanan yang rosak bukan suatu idea yang baik dan sekiranya ragu-ragu dengan keadaan makanan berkenaan, maka anda disarankan untuk membuangnya. Mikroorganisma patogen dalam makanan bersifat jauh lebih tersembunyi dan ia menyebabkan kekejangan, muntah, cirit-birit, demam dan menggigil, yakni gejala yang dikaitkan dengan 'selesema perut'. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Biasanya, cubaan mengesan virus itu dalam makanan melalui bau atau rupa tidak mungkin dapat dilakukan. Oleh itu, pengendalian dan penyimpanan makanan yang betul serta mengetahui tarikh luput atau bila ia akan dibuang adalah sangat penting. PAPAN PEMOTONG DAN SUHU MAKANAN Peraturan penting bagi keselamatan makanan adalah dengan menjaga kebersihan kawasan penyediaan. Sentiasa membasuh tangan anda sebelum mengendalikan sebarang makanan. Selain itu, pastikan akan mencairkan daging atau barang basah di dalam peti sejuk dan bukannya di atas meja. Sekiranya daging beku berada pada suhu bilik, permukaan luarnya lebih panas daripada bahagian dalam dan ini menggalakkan virus membiak. Apa yang lebih penting, jangan gunakan papan pemotong yang sama untuk daging, buah-buahan dan sayur-sayuran. MacDonald berkata, beliau menggunakan papan pemotong berlainan warna seperti merah untuk daging, manakala hijau untuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam masa yang sama, gunakan pisau, pinggan dan perkakas yang berbeza untuk daging mentah dan kerap meletakkan daging yang dimasak di atas pinggan yang bersih. Siapa sangka tabiat menggunakan papan pemotong sama boleh menyebabkan keracunan makanan. Anda juga dinasihatkan untuk tidak membilas daging mentah atau ayam di singki kerana amalan itu akan menyebarkan bakteria di permukaan dapur. Sebenarnya, tidak perlu pun membilas daging dan ayam sebelum memasak, tetapi jika anda berkeras juga untuk melakukannya, anda perlu membersihkan singki dengan pembersih antibakteria dan jauhkan makanan dari singki. Anda juga perlu memastikan makanan tidak dicemari dengan pembersih berkenaan. Mana-mana virus akan dimusnahkan jika daging dimasak sepenuhnya dengan suhu yang disyorkan. MacDonald mencadangkan, suhu yang sesuai bagi daging lembu adalah 160 F (71 C), 165 F (74 C) untuk unggas dan 145 F (63 C)untuk ikan. Setelah makanan dimasak, simpan makanan pada suhu 140 F (60 C) atau lebih tinggi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!