SEJAK pandemik melanda dunia hampir dua tahun lalu, banyak syarikat terpaksa membuang pekerja bagi mengurangkan kos operasi apatah lagi ketika ini ekonomi tidak berada dalam keadaan baik. Ini memaksa pekerja yang 'terselamat' terpaksa berdepan dengan lambakan tugasan ekoran tidak cukup kakitangan.ARTIKEL BERKAITAN: Kurang risiko dijangkiti Covid-19, tapi 1.5 juta kanak-kanak dunia berdepan kesan lain... hilang ibu bapa akibat pandemik! Tambahan pula dalam situasi ini, pekerja pula didesak untuk lebih bersedia terhadap lebihan kerja, dituntut bekerja lebih keras dan melebihi masa. Bagaimanapun sekuat mana pun seseorang itu, mereka pasti akan berasa tertekan dan kepenatan yang mungkin menyebabkan mereka mengambil keputusan berhenti kerja. Tekanan yang tidak diuruskan lama-kelamaan boleh menimbulkan kepenatan mental dan emosi ditambah dengan bebanan perkara lain seperti masalah peribadi, kewangan dan sebagainya. Tapi sayang, ramai orang tidak menyedari bahawa mereka mengalami gangguan emosi yang boleh menyebabkan seseorang itu 'burnout' sekiranya dibiarkan berlarutan. Masalah itu bukan hanya dinilai berdasarkan tahap tekanan dan keletihan tetapi kepenatan emosi ini turut datang dalam pelbagai cara, termasuklah; 1. Hilang minat Apabila mencapai titik maksimum kepenatan mental dan emosi, seseorang boleh hilang minat terhadap perkara rutin yang dilakukan setiap hari. Malah sesuatu perkara itu boleh dilihat sebagai bebanan yang menyebabkan pekerjaan dilakukan tiada kesungguhan dan usaha. 2. Terlalu sensitif Apabila seseorang mengalami kepenatan mental dan emosi, sesuatu perkara yang ringkas dan remeh juga boleh membuatkan seseorang mudah terasa hati, marah, merajuk dan sebagainya. 3. Berputus asa Salah satu tanda kepenatan emosi adalah melihat segala perkara dengan perspektif negatif. Ini disebabkan kita sudah menyerah kalah dan membiarkan perasaan berputus asa menguasai diri sendiri. Jika seseorang berada pada tahap ini, itu tanda diri sudah dikuasai perasaan negatif. 4. Tiada keinginan majukan diri Apabila sudah penat mental dan emosi, perkara terakhir yang dibayangkan adalah untuk melangkah ke hadapan dalam karier atau kehidupan peribadi. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ini kerana dalam keadaan emosi yang kepenatan, semua perkara menjadi samar dan kita hilang minat terhadap perkara yang berlaku di sekeliling. 5. Tiada 'perasaan' Apabila kepenatan mental dan emosi - ada sesetengah orang mampu menzahirkan tekanannya melalui tangisan dan ada pula memendamkan semuanya di dalam hati. Ini kerana seseorang mungkin tidak mahu mengakui apa dirasainya namun sebenarnya ia boleh makan diri sendiri. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!