suria

Batuk selepas bebas Covid-19? Lakukan latihan pernafasan ini!

Batuk adalah antara kesan sampingan yang berlaku kepada bekas pesakit Covid-19.

BATUK adalah salah satu kesan yang boleh dialami pesakit Covid-19 meskipun sudah disahkan bebas daripada wabak itu.

Antara batuk yang biasa dialami bekas pesakit termasuklah batuk kering, batuk berkahak atau batuk berterusan dan ia seakan-akan sama dengan gejala ketika di awal dijangkiti virus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja migrain, ada 5 punca sakit kepala berpanjangan!

NHS melaporkan batuk yang berlaku itu bersifat sementara namun ia juga boleh berlaku disebabkan jangkitan virus yang telah merosakkan saraf di trakea dan kerongkong. Kerosakan saraf itu membuatkan bekas pesakit mengalami batuk berterusan.

Berikut adalah beberapa cara mengatasi batuk selepas pulih daripada Covid-19;

cough

Batuk boleh dialami bekas pesakit dalam tempoh tertentu selepas pulih.

1. Lakukan latihan pernafasan agar kembali dapat menarik nafas lebih dalam.

2. Latihan pernafasan perut serta melalui hidung.

3. Tutup mulut dan telan udara ketika terasa ingin batuk.

4. Tarik dan hembuskan nafas dengan lembut melalui hidung berulang kali sehingga keinginan untuk batuk hilang.

5. Minum lebih banyak air putih atau minuman panas.

6. Makan ubat pelega sakit tekak.

Kaedah ini bukanlah dapat terus melegakan masalah batuk dengan segera tetapi menerusi latihan berterusan, kesan sampingan itu akan pulih.

Bernafas

Latihan pernafasan sangat membantu.

Cara mengatasi batuk berkahak selepas Covid-19

Selain batuk kering berterusan, ada juga bekas pesakit yang mengalami batuk berkahak. Malah ia turut disertai dengan masalah nafas berbunyi, sesak nafas tahap ringan dan dada terasa sakit dan ketat.

Bagi yang mengalami masalah itu, terdapat beberapa cara boleh dilakukan untuk berasa lebih selesa dan pulih daripada gelaja selepas sembuh itu.

1. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan tahan selama tiga saat, lepaskan nafas perlahan-lahan daripada mulut. Ulangi langkah sama sebanyak empat kali namun jangan paksa sekiranya tidak mampu.

2. Duduk dalam posisi menegak, lalu tarik nafas perlahan-lahan selama 20 ke 30 saat, kawal pernafasan dan rasakan sama ada masih ada rasa sesak. Ulang langkah itu selama tiga kali.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

3. Tarik nafas secara perlahan-lahan menerusi hidung lalu hembuskan nafas dengan cepat melalui hidung. Ulang sampai empat kali namun jangan lanjutkan latihan sekiranya berasa penat.

4. Setiap latihan itu pastikan duduk dalam keadaan keadaan menegak dan makan ubat yang diberikan doktor yang biasanya mengandungi antibiotik atau steroid dan lakukan senaman ringan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain