suria

Boleh cuba ni... Gerakan ‘Superman’ antara kaedah bantu cegah tabiat membongkok

Sakit leher

ADAKALANYA kita akan cenderung duduk atau berjalan dalam posisi membongkok dan ia menjadi tabiat yang sukar diubah.

Tetapi tahukah anda tabiat itu boleh mendatangkan masalah seperti sakit leher, bahu dan kerosakan sendi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja migrain, ada 5 punca sakit kepala berpanjangan!

Pakar kiropraktor, Dr Andrew Bang menjelaskan postur tubuh yang buruk dapat menyebabkan rasa sakit bahkan ia boleh berkekalan dalam tempoh yang panjang.

Dr Andrew menjelaskan kedudukan postur tubuh yang salah akan memaksa badan untuk menggerakkan otot di leher dan punggung dengan lebih kerap.

Sakit leher

Kekerapan membongkok boleh menyebabkan sakit pada bahagian leher.

Akibatnya, sistem kekebalan tubuh akan memberi reaksi keradangan yang seiring dengan waktu dapat menyebabkan masalah sendi.

Bagaimana mengatasi masalah ini? Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghindarinya sekaligus mencegah kesan sampingan daripada postur tubuh yang salah. Antaranya termasuklah;

1. Posisi meja

Sebahagian besar daripada waktu kita dihabiskan di meja pejabat. Oleh sebab itu, kita perlu memastikan meja kerja berada dalam kedudukan 90 darjah dengan bahu dan lengan.

Sepanjang bekerja di meja, pastikan tulang belakang dalam posisi neutral. Pastikan juga kedudukan komputer cukup tinggi untuk mengelakkan kita melihat ke arah bawah dan membongkok.

Gerak Badn

2. Bergerak lebih kerap

Ketika ini agak sukar untuk melakukan aktiviti riadah kerana ramai bekerja dari rumah tetapi ambil masa untuk berehat sebentar dalam berjalan di dalam rumah sekurang-kurangnya sejam sekali.

Tetapi jika sibuk dengan kerja, memadai anda melakukan beberapa gerakan ringan dan regangkan badan dalam posisi duduk.

Senaman ringan ini penting ketika bekerja kerana otot juga boleh menjadi lemah dan apabila itu berlaku seseorang lebih cenderung untuk meletakkan posisi badan mereka dalam keadaan membongkok.

Bersenam

3. Bersenam

Mengubah rutin harian termasuk bersenam dapat mengubah tabiat membongkok. Selain itu, senaman juga dapat mengurangkan masalah leher 'keras' dan sakit sendi. Antara senaman yang dapat membantu termasuklah;

A. Pose 'Superman'

Gerakan ini boleh dilakukan dengan baring meniarap seperti Superman yang terbang di udara. Dalam posisi itu, angkat lengan dan kaki beberapa inci dan tahan.

Pastikan berada dalam keadaan rileks bagi meregangkan otot-otot dan sendi. Ulangi langkah sama beberapa kali.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

B. Senaman fokus pada otot

Senaman dan gerakan crunch, plank dan sebagainya dapat membantu menguatkan otot anda.

C. Senanam leher

Duduk dalam posisi selesa dan tekan kepala anda dengan kuat ke arah belakang dan sandarkan kepala kepada kerusi atau tangan.

Tahan selama 30 saat dan ulang beberapa kali sehingga rasa lenguh dan 'ketat' pada leher menjadi lega.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain