suria

Varian Delta lebih berisiko pada wanita hamil? Ketahui 5 penjelasan penting mengenainya

Ibu hamil adalah golongan berisiko sekiranya dijangkiti Covid-19.

VIRUS Covid-19 varian Delta kini telah menyebar di seluruh dunia dan ibu hamil sentiasa dinasihatkan untuk lebih berhati-hati memandangkan ia meningkatkan risiko dijangkiti virus itu.

Di United Kingdom contohnya, kerajaan meminta wanita hamil untuk segera mendapatkan vaksin dan data terbaharu menunjukkan 98 peratus ibu mengandung yang dirawat di hospital kerana Covid-19 sejak Mei 2021 masih belum menerima vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: Batuk selepas bebas Covid-19? Lakukan latihan pernafasan ini!

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga memberitahu wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 berisiko di mana keadaan mereka menjadi kritikal atau berakhir dengan kematian.

Berikut adalah lima persoalan mengenai Covid-19, varian Delta dan wanita hamil yang perlu diketahui.

Delta

1. Benarkah varian Delta lebih mudah menular pada ibu mengandung?

Varian Delta lebih mudah menular dan menyebabkan gejala yang lebih kritikal pada semua orang termasuk ibu hamil.

Data terbaharu daripada UK Obstetric Surveillance System (UKOSS) menunjukkan jumlah wanita yang dirawat di hospital kerana Covid-19 meningkat kerana varian Delta.

"Berbanding sebelum ini, varian seperti Alfa dan Delta menyebabkan penyakit menjadi lebih parah pada wanita hamil," kata Dr Andrew Shenna seperti dilaporkan CNN.

Ibu mengandung yang dijangkiti Covid-19 memerlukan rawatan intensif dan menerusi data UKOSS, 33 peratus daripada pesakit wanita hamil memerlukan bantuan pernafasan manakala 15 peratus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bayi

2. Bagaimana risiko varian Delta terhadap bayi?

Penelitian menunjukkan bahawa jangkitan Covid-19 meningkatkan risiko pada ibu dan bayi seperti preeklamsia, jangkitan kuman dan kematian.

Penelitian oleh JAMA Pediatrics pada April lalu menunjukkan bayi yang lahir daripada ibu yang dijangkiti Covid-19 berisiko lebih tinggi mengalami kelahiran pra-matang.

Data terbaharu UKOSS juga menunjukkan satu daripada lima ibu hamil yang dirawat melahirkan bayi mereka secara pra-matang malah melahirkan bayi secara pembedahan juga dua kali lebih tinggi.

Manakala satu daripada lima bayi yang lahir perlu dirawat di unit neonatal selama beberapa bulan.

Vaksin

3. Adakah vaksin selamat untuk ibu hamil?

Kajian dan data menunjukkan vaksin Covid-19 selamat untuk ibu hamil malah ia dapat melindungi diri dan mengurangkan risiko serta melindungi bayi.

4. Bagaimana pengaruh vaksin terhadap plasenta?

Terdapat pelbagai mitos berkaitan vaksin yang memberi kesan kepada plasenta namun sehingga kini tiada bukti secara ilmiah yang membuktikan perkara itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Vaksin juga tidak akan membuatkan seseorang dijangkiti virus atau menyebabkan kemandulan.

5. Menyusu bayi

WHO menggalakkan ibu yang sedang menyusu bayi mereka agar mengambil vaksin. Mereka juga boleh terus menyusukan anak kerana vaksin tidak menimbulkan risiko kepada bayi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain