suria

Kajian dapati makan sosej pendekkan umur sebanyak 36 minit, bertukarlah kepada salmon!

Sosej menjadi makanan ringan kegemaran ramai.

ANDA suka makan sosej dan makanan proses seumpamanya? Mungkin sudah tiba masanya untuk lebih berhati-hati dan menukar diet lebih sihat.

Sebabnya, berdasarkan hasil penilitian yang dilakukan penyelidik di Universiti Michigan Amerika Syarikat, makan sosej boleh memendekkan umur seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda penggemar minuman bertenaga? Ketahui 5 kesan buruknya untuk kesihatan

Bahkan secara spesifiknya, sepotong sosej boleh mengurangkan usia sebanyak 36 minit.

Penilitian itu dibuat selepas merujuk laporan indeks nutrisi yang diterbitkan School of Public Health yang menyenaraikan lebih 5,800 jenis makanan di Amerika berdasarkan khasiat dan kesannya dalam kiraan minit.

Menerusi kajian itu, pengkaji menyimpulkan pengambilan daging proses dapat 'merampas' beberapa minit daripada hidup manusia.

Penyelidik mengatakan simbolik usia berkurangan 36 minit disebabkan pengambilan makanan itu menunjukkan bahawa ia perlu dijauhi dan menukar gaya hidup lebih sihat.

Makanan yang lebih sihat seperti kekacang, ikan salmon pula disebut dapat menambah 10 ke 15 minit lebih lama untuk hidup.

Tempoh 36 minit itu bukan waktu yang singkat kerana merokok hanya mengurangkan 11 minit usia menerusi kajian itu.

Bagaimanapun ramai memandang skeptikal terhadap kajian itu kerana merasakan ia mengarut dan tidak memahami simbolik di sebalik kajian dan angka ditunjukkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain