SEHARI tak makan nasi, boleh menggeletar satu badan! Itu adalah respons biasa rakyat Malaysia apabila ditanya sekiranya sanggup atau tidak untuk tidak makan nasi.Nasi adalah makanan ruji rakyat negara ini dan hampir setiap masa kita akan makan nasi sebagai hidangan utama tidak kira ketika bersarapan, makan tengah hari atau makan malam.ARTIKEL BERKAITAN: Dah sihat tak payah makan... Ada bahaya menanti jika antibiotik tidak dihabiskanApa yang menjadi masalah, ada juga antara kita yang selepas makan nasi akan berasa mengantuk, lesu dan malas. Hendak pula kalau baru sahaja lepas makan sepinggan nasi kandar atau nasi lemak!Jadi bagaimana caranya agar kita tidak berasa malas dan lesu tanpa perlu meninggalkan nasi?Nasi mengandungi karbohidrat dan merupakan makanan yang sihat dan seimbang dalam diet. Meskipun ada sesetengah individu berasa mengantuk dan malas selepas makan, itu tidak bermakna nasi adalah makanan tidak sihat. Nasi mengandungi karbohidrat. Berikut adalah dua cara untuk mencegah rasa mengantuk dan malas selepas makan nasi.1. Perbanyakkan sayuran dan proteinMakan tengah hari bukan sahaja nasi 'segunung' tetapi perlu diimbangi dengan 50 peratus sayur-sayuran, 25 peratus protein dan 25 peratus karbohidrat.Karbohidrat seperti nasi penting dalam diet kerana ia memberi tenaga namun bagi mencegah rasa mengantuk dan malas, seseorang perlu mengambilnya dalam jumlah sedikit.2. Kurangkan nasiMengawal pengambilan nasi juga menjadi kunci utama mengatasi masalah itu. Ini kerana semakin banyak nasi yang dimakan semakin sukar untuk melawan kesannya.Cuba hadkan pengambilan nasi setiap kali makan (segenggam sudah memadai) bagi mengelakkan hormon pemicu rasa mengantuk tidak dilepaskan dalam saluran darah dan membuatkan seseorang berasa lesu dan malas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI