suria

Lapar selepas disuntik? Ada beberapa makanan cukup baik dimakan setelah ambil vaksin

Pemakanan selepas vaksin memainkan peranan.

SALAH satu cara untuk memutuskan rantai wabak Covid-19 adalah dengan pengambilan suntikan vaksin.

Di Malaysia sendiri lebih 50 peratus jumlah populasi dalam negara sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan manakala 40.7 peratus atau 9.51 juta daripada populasi dewasa sudah melengkapkan vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua cara ini mampu elak rasa mengantuk dan malas selepas makan nasi

Tidak dinafikan pengambilan vaksin mempunyai kesan sampingan ringan seperti rasa kebas pada lengan yang disuntik, demam, sakit kepala dan beberapa kesan ringan lain.

Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa makanan yang dapat mengurangkan kesan sampingan itu dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Eating Well melaporkan individu yang selesai mengambil vaksin digalakkan untuk mengambil pemakanan bergizi tinggi dan vitamin C.

Meskipun belum ada kajian komprehensif mengenai kaitan makanan dan vaksin, namun pakar menyarankan untuk mengambil pemakanan yang kaya dengan vitamin C.

vaksin

Suntikan vaksin penting dalam membendung masyarakat daripada penularan Covid-19.

Vitamin C terbukti dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh selain pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan juga membantu tubuh bekerja dengan lebih baik serta mengelakkan keradangan.

Oleh itu juga kita dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan keradangan seperti makanan ringan, makanan diproses dan sebagainya.

Beberapa jenis rempah juga memiliki sifat antiinflamasi seperti kunyit yang baik untuk kesihatan. Selain itu ikan seperti salmon, sardin, ikan kembung turut memiliki omega-3 yang cukup baik.

Tidak hanya memfokuskan kepada makanan, pengambilan air yang cukup juga perlu diamalkan selepas pengambilan vaksin agar badan tetap terhidrasi sebelum dan selepas vaksin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain