suria

Ketahui punca lidah bertukar menjadi kuning, bahaya atau tidak?

Lidah menjadi kuning boleh disebabkan pelbagai punca.

PADA umumnya lidah menjadi kuning disebabkan penumpukan sel kulit mati dan bakteria. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini tidak berbahaya dan bersifat sementara.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan lidah bertukar menjadi kuning, antaranya; pengambilan vitamin tertentu, mengunyah tembakau, bakteria dan tabiat merokok.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah diabetes antara 7 sebab berlakunya ketumbit, intai orang tak ada dalam senarai!

Lidah kuning juga boleh disebabkan keadaan yang disebut sindrom lidah berbulu hitam. Ia terjadi apabila keratin, protein membentuk di permukaan lidah. Pembentukan ini membuatkan lidah kelihatan seperti berbulu.

Secara umumnya, lidah kuning tidak datang dengan sebarang gejala selain perubahan warna namun ada beberapa gejala lain yang boleh dikaitkan dengan keadaan itu, termasuklah;

Lidah

Tabiat merokok salah satu sebab lidah menjadi kuning.

1. Mulut berbau

2. Terdapat lapisan putih pada lidah dan berlendir

3. Deria rasa terganggu

4. Sensasi terbakar

5. Terdapat benjolan kecil pada lidah

6. Mulut menjadi kering

Dalam kebanyakan kes, menjaga kebersihan mulut dengan betul dapat mengatasi masalah lidah kuning sepenuhnya. Memberus gigi dapat membantu menghilangkan bakteria di dalam mulut dan lidah.

Gosok lidah untuk menghilangkan sel-sel mati, makanan dan kotoran lain yang melekat pada lidah selain mengubah pola pemakanan bagi mengurangkan jumlah bakteria yang menempel dalam mulut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain