KAJIAN terbaharu mendapati bahawa individu yang pernah dijangkiti Covid-19 juga boleh mengalami perubahan pada bentuk kuku mereka. Keadaan ini dikenali sebagai 'nail Covid' atau 'kuku Covid' dan ia boleh menjadi petanda seseorang itu pernah dijangkiti wabak itu.ARTIKEL BERKAITAN: Cuba periksa kuku kaki anda, jika beralun ia mungkin tanda ada penyakit! Nail Covid adalah perubahan kuku yang terjadi biasanya selepas beberapa hari seseorang itu disahkan sudah bebas daripada virus itu. Keadaan ini merupakan tanda bahawa jangkitan itu membuatkan tubuh pesakit dalam keadaan tertekan atau boleh jadi gejala daripada virus itu sendiri bergantung kepada keadaan seseorang. Nail Covid adalah berkemungkinan kesan selepas Covid-19 dan beberapa perubahan itu termasuklah; 1. Garis beau Garis beau adalah garisan seperti lekukan atau benjolan melintang pada kuku secara horizontal. Garisan ini biasanya berlaku disebabkan jangkitan kulat atau jari tersepit pintu. Bagaimanapun, garis beau ini boleh muncul ketika seseorang itu sakit atau berada dalam keadaan tertekan. Ia adalah tanda tubuh sedang melawan penyakit sehinga tidak mampu mengeluarkan kuku yang baharu dan sihat. Tekanan emosi yang parah juga boleh menyebabkan kemunculan garis beau ini. "Garisan beau ini juga boleh terbentuk selepas dijangkiti Covid-19 kerana tubuh perlu terus menjaga fungsi organ dalam badan sehingga membuatkan kuku menerima kesannya," kata pakar dermatologi, Dr Alok Vij. 2. Garis bulan sabit merah Tanda berwarna merah menyerupai bulan sabit ini biasanya muncul selepas dua minggu seseorang disahkan terkena Covid-19. Bentuk ini biasanya muncul tepat di atas lunula iaitu bahagian putih pada dasar kuku. Menurut Dr Alok, tanda itu belum pernah ditemukan pada penyakit lain. "Ia muncul pada orang yang dijangkiti Covid-19. Itu sebabnya ia boleh menjadi tanda jangkitan virus itu yang tepat," katanya. Bagaimanapun jika itu berlaku, jangan panik dan sebaik-baiknya lakukan ujian Covid-19 untuk mengesahkan sama ada anda terdedah kepada virus itu atau pun tidak. 3. Garis mees Garisan mees dilihat seperti garis-garis putih melintang. Tidak seperti garis beau, mees bentuknya lebih halus dan tidak menyebabkan perubahan tekstur kuku. Kemunculan garis mees ini juga petanda sesuatu mengganggu pertumbuhan kuku. Biasanya ia berlaku pada pesakit penyakit kronik seperti masalah buah pinggang. Jika garisan itu berlaku selepas dijangkiti Covid-19, anda hanya akan melihat satu garisan putih di setiap kuku. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI