suria

Kebanyakan orang dewasa lebih cenderung untuk menipu berbanding mengaku ada masalah mental - Kajian

Individu yang mempunyai masalah mental lebih cenderung untuk berkongsi mengenai masalah fizikal yang mereka alami, dan bukannya masalah mental.

LEBIH dari dua pertiga orang dewasa berpura-pura OK ketika ditanya apakah mereka sedang berada dalam keadaan baik, berbanding mengakui mereka sebenarnya sedang mengalami masalah kesihatan mental.

Kajian ke atas 2,000 orang dewasa mendapati hampir empat dari 10 orang bimbang individu yang mengemukakan soalan itu hanya mahu berborak kecil dan tidak mahu mengambil tahu pun mengenai masalah kesihatan mental mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 5 ‘amaran’ jelas seseorang itu dah penat mental dan emosi akibat tekanan!

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut... menanggung rindu boleh sebabkan gangguan kesihatan mental

Satu perempat pula malu untuk berterus terang dan berlaku jujur, sementara 17 peratus pula bimbang akan membuat orang lain kurang senang dengan mereka jika mengetahui masalah tersebut.

Sebahagian yang lain pula khuatir orang yang mengajukan soalan itu tidak patut bertanyakan soalan itu tersebut. Tinjauan itu dilakukan oleh syarikat kewangan, Santander untuk mendorong lebih ramai orang bercakap tentang masalah mental mereka.

Menurut kajian itu juga, apabila ditanya 'adakah anda baik-baik sahaja?, individu yang mempunyai masalah mental tiga kali lebih cenderung untuk berkongsi mengenai masalah fizikal yang mereka alami, dan bukannya masalah mental.



Masalah kemurungan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Tetapi pada hakikatnya, 69 peratus orang yang bertanya sebenarnya betul-betul ingin tahu dan mahu mendengar jawapan yang jujur, dan 79 peratus orang pula akan bertanya lebih lagi jika mereka berasa seperti tidak mendapat jawapan yang jujur.

Kajian itu, yang dilakukan melalui OnePoll, mendapati separuh daripada orang dewasa akan memantau kenalan mereka dengan lebih kerap jika mengetahui mereka sedang mempunyai masalah kesihatan mental.

Seramai 52 peratus responden juga mengaku akan berselindung daripada pasangan mereka tentang masalah mental yang dihadapi, sementara seramai 53 peratus pula mengakui mereka akan menyembunyikan masalah mental dari teman rapat mereka.

Namun, berikutan pandemik Covid-19 yang berlaku, 59 peratus responden kini lebih cenderung untuk menjawab dengan jujur ​​ketika ditanya.

Walaupun begitu, hampir satu perlima orang dewasa (18 peratus) mempunyai kesukaran untuk berkongsi tentang perasaan mereka walaupun dengan orang yang paling rapat dengan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain