suria

Betul ke bahaya guna pad sanitasi? Ketahui tip elak risiko penyakit kronik kerana penggunaan tuala wanita

Tuala wanita atau nama lainnya pad sanitasi boleh dikatakan satu keperluan dan pilihan utama bagi setiap wanita semasa haid.

KEHIDUPAN moden yang serba pantas tidak dapat dibayangkan oleh wanita tanpa tuala wanita.

Dengan inovasi dan teknologi terkini, pad sanitasi ini telah membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika datang haid.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Kanser prostat boleh serang dalam diam, kaum lelaki perlu ‘alert’ 11 gejala penyakit ini

Bekerja sehingga lewat malam, bersukan dan melakukan aktiviti harian bukan lagi urusan sukar jika datang bulan.

Walaupun terdapat banyak pilihan lain seperti tampon dan cawan haid (menstrual cup), tuala wanita tetap menjadi pilihan pertama kebanyakan wanita.

Oleh kerana tuala wanita digunakan setiap bulan, adalah penting untuk mengetahui sama ada ia cukup selamat dan tidak menyebabkan penyakit dalam jangka masa panjang.

pad 4

Secara purata, seorang wanita akan menggunakan lebih 12,000 pad sanitasi sepanjang mengalami haid.

Pad sintetik

Jika anda lakukan carian di Google, bolehkah tuala wanita menyebabkan kanser, terdapat beberapa kajian yang mengatakan ia benar-benar selamat, sedangkan ada juga kajian yang mengatakan sebaliknya.

Menurut pakar, tuala wanita adalah selamat, tetapi terdapat beberapa kajian berterusan telah melaporkan kejadian kanser kemaluan dengan penggunaan tuala wanita menggunakan agen penyerap seperti dioksin dan polimer serap super (Super Absorbent Polymer).

pad 11

Tuala wanita dilunturkan untuk meningkatkan keupayaan menyerap darah.

Apa itu dioksin

Dioksin adalah karsinogen, yang bermaksud ia menggalakkan pembentukan sel-sel penyebab kanser dalam badan.

Ini kerana dioksin boleh terkumpul di dalam badan dan memberi kesan kepada organ pembiakan serta menyebabkan kanser ovari dan serviks.

Susulan itu, pad sanitasi dilunturkan untuk meningkatkan kapasiti penyerapan pad dan peluntur mengandungi dioksin.

Dioksin juga melemahkan imuniti badan, menjadikan wanita lebih terdedah kepada jangkitan.

Ia juga memberi kesan kepada pengeluaran hormon pembiakan seperti estrogen (hormon seks), boleh menjadi masalah dalam jangka masa panjang.

pad 12

Kualiti tuala wanita telah berkembang daripada lapisan kapas, kini memiliki lapisan plastik kalis air bagi menghalang kebocoran.

Langkah berjaga-jaga semasa memakai tuala wanita untuk mengurangkan risiko kanser adalah seperti berikut:

i) Tukar tuala wanita dengan kerap (setiap 3-4 jam), walaupun anda tidak datang haid dengan banyak.

ii) Kekal terhidrat semasa haid untuk mengurangkan kemungkinan UTI (Urinary Tract Infection).

iii) Sentiasa memakai seluar dalam yang bersih dan kering serta menjaga kebersihan kawasan faraj.

iv) Pilih pad organik.

v) Jangan pilih pad dengan wangian.

pad 3

Banyak tuala wanita menggunakan dioksin ini bertujuan untuk mencapai rupa putih tulen.

Pad sanitasi selamat

Bagaimanapun, terdapat kajian dilakukan oleh penyelidik dari Jepun mengenai isipadu pendedahan dioxin harian wanita menggunakan pad sanitasi.

Hasil kajian menganggarkan wanita terdedah dengan dioxin antara 0.000024–0.00042 pg TEQ/kg/d.

Paras bahaya dioxin dari tuala wanita atau seumpamanya adalah pada kadar minimum 0.7 pg TEQ/kg/d.

Ini bermakna wanita yang terdedah dengan dioxin dalam pad sanitasi selama ini terlalu rendah berbanding dengan kriteria berbahaya disahkan oleh standard antarabangsa.

Kesimpulannya, penggunaan tuala wanita selamat dan tidak perlu bimbang untuk menggunakannya.

Jika anda bimbang dan mahu ambil langkah berjaga-jaga, pilihan lain adalah untuk menggunakan kaedah tradisional atau menggunakan menstrual cup.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain