suria

Awas! Kanser prostat boleh serang dalam diam, kaum lelaki perlu ‘alert’ 11 gejala penyakit ini

Ketahui dan kenali gejala kanser prostat.

RAMAI lelaki yang jarang memberi perhatian terhadap kesihatan bahagian sulit mereka dan biasanya lambat mengesan gejala kanser prostat.

Namun penyakit ini sebenarnya memang berkembang secara perlahan sehinggakan ramai tidak menyedari gejalanya.

Sudah tiba masanya kaum lelaki memberi lebih perhatian dan cakna tentang apa itu kanser prostat dan simptom-simptomnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya payudara tapi 5 kanser ini kerap 'serang' kaum hawa!

Kanser prostat adalah pertumbuhan sel tidak normal pada kelenjar prostat. Prostat pula adalah kelenjar kecil yang terletak di antara zakar dan pundi kencing.

Fungsi prostat ini adalah untuk menghasilkan cecair berwarna putih yang melindungi dan menyuburkan sperma.

Cecair ini yang akan membantu sperma untuk mencapai sel telur ketika berenang di dalam rahim wanita untuk persenyawaan.

Kanser Prostat

Ramai kaum lelaki kurang kefahaman mengenai kanser prostat.

Gejala kanser prostat

Gejala kanser ini biasanya sukar dikesan sehinggalah prostat membengkak dan mula mempengaruhi saluran kencing.

Yayasan Kanser Prostat menyenaraikan gejala kanser ini yang kerap berlaku, termasuklah;

1. Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam

2. Sukar menahan kencing

3. Aliran air kencing yang lemah dan tidak lancar

4. Rasa sakit atau panas ketika membuang air kecil

5. Zakar sukar mencapai ereksi

6. Jumlah air mani yang keluar ketika ejakulasi jadi lebih sedikit

7. Ejakulasi terasa menyakitkan

8. Kehadiran darah dalam air kencing dan air mani

9. Bahagian berdekatan dubur terasa sakit seperti ditekan sesuatu

10. Sakit dan kebas di bahagian bawah punggung dan paha

11. Berat badan turun secara drastik tanpa alasan jelas

9152fe07a80634a1-1024x684

Ujian darah antara cara untuk mengesan kanser itu.

Bagaimanapun perlu diketahui, sakit ketika kencing tidak semestinya gejala kanser prostat. Barangkali keadaan itu disebabkan prostat membengkak atau berlaku jangkitan saluran kencing.

Manakala zakar sukar menegang atau sakit ketika ejakulasi juga adakalanya bukan ciri-ciri kanser prostat. Sebaliknya masalah itu boleh disebabkan penyakit diabetes, merokok, penyakit jantung dan sebagainya.

Siapa yang lebih terdedah terkena kanser ini? Lelaki berusia 50 tahun ke atas lebih cenderung menghidap penyakit ini dan pemeriksaan berkala perlu dilakukan bagi mengesan awal barah itu.

Cara kesan kanser prostat

Jika gejala-gejala yang disenaraikan berlaku pada anda, sebaik-baiknya segera merujuk kepada doktor dan biasanya pesakit akan diminta melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan ini.

1. Ujian darah dengan antigen spesifik prostat

2. Pemeriksaan prostat

3. Ujian imbasan MRI

4. Biopsi bonjolan yang terdapat pada prostat

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain