suria

Tapak kaki anda mendatar atau melengkung? Ketahui punca dan kesan flat fleet kepada penghidapnya

Tapak kaki mendatar biasa berlaku tetapi puncanya masih tidak diketahui.

TAPAK kaki yang normal kebiasaannya memiliki urat yang berfungsi untuk menarik bahagian tengah supaya menjadi melengkung.

Bahagian ini berfungsi untuk menjaga keseimbangan tubuh ketika berjalan namun terdapat keadaan yang menyebabkan tapak kaki seseorang itu tidak melengkung sebaliknya bahagian itu hanya mendatar atau disebut 'flat feet'.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda panik, sesak nafas ketika di tempat tinggi? Kenali akrofobia... gejala dan cara mengatasinya

Keadaan ini adalah normal jika berlaku kepada bayi atau kanak-kanak kerana perkembangan tubuh mereka yang belum sempurna.

Bagaimanapun, jika keadaan ini berlaku kepada remaja dan golongan dewasa maka tapak kaki mendatar boleh menjadi gejala kelainan pada tulang atau tendon kaki.

Tapak kaki yang mendatar dapat menyebabkan seseorang berasa sakit ketika melakukan aktiviti fizikal bahkan mampu mempengaruhi cara mereka berjalan.

Penyebab kepada keadaan ini bagaimanapun masih menjadi misteri dalam perubatan meskipun ia banyak berlaku.

feet-in-bed-766x383

Tapak kaki yang melengkung dapat menjaga keseimbangan seseorang ketika berdiri.

Dua jenis flat feet

1. Fleksibel

Merupakan jenis kaki mendatar yang paling biasa terjadi dan berlaku semasa kanak-kanak atau remaja. Flat fleet jenis fleksibel biasanya masih boleh dilihat lengkungan pada tapak kaki meskipun sedang dalam posisi baring.

Bagaimanapun lengkungan ini akan menghilang apabila seseorang itu berdiri. Ia boleh mempengaruhi kedua-duanya, seiring bertambahnya usia seseorang.

Tendon dan ligamen yang terdapat pada tapak kaki dapat meregang, koyak dan membengkak.

2. Keras

Tapak kaki yang mendatar dan keras biasanya boleh dikesan apabila ia tiada lengkungan ketika berdiri mahupun duduk.

Penderitanya mungkin berasa sakit pada kaki dan sukar untuk melenturkan kaki ke atas, bawah, kiri dan kanan. Tapak kaki jenis ini dapat mempengaruhi kedua-dua belah kaki atau sebelah sahaja.

AdobeStock_228183181-1080x675

Tapak kaki mendatar boleh menyebabkan kaki sering berasa sakit.

Berikut adalah gejala kaki mendatar;

a. Sakit pada bahagian lengkungan, pergelangan, tumit atau bahagian kaki

b. Kaki sakit ketika berjalan sehingga menyebabkan perubahan gaya berjalan

c. Pergelangan kaki membengkok

d. Kaki mudah berasa pedih terutama pada bahagian flat feet

e. Kaki mudah membengkak

f. Rasa sakit pada bahagian punggung dan lutut

Masalah ini tidak memerlukan sebarang rawatan khusus sekiranya ia tidak mengganggu penderitanya namun jika flat feet menyebabkan masalah yang disenaraikan maka doktor biasanya akan melakukan beberapa kaedah ini.

a. Menggunakan alat penyokong lengkungan tapak kaki

b. Menggunakan kasut khusus

c. Latihan peregangan agar tendon tidak mengeras

d. Fisioterapi untuk membantu memperbaiki teknik olahraga dan postur tubuh ketika melakukan aktiviti agar tidak tercedera

e. Pemberian ubat antiinflamasi nonsteroid (OAINS) atau suntikan kortikosteroid, untuk mengurangkan rasa sakit

f. Pembedahan jika tendon koyak

Selain itu, terdapat beberapa cara sendiri boleh dilakukan oleh penderitanya apabila timbul rasa sakit, termasuklah;

a. Menggunakan stoking dan kasut yang sesuai dengan aktiviti dilakukan

b. Segera berhenti melakukan sebarang aktiviti apabila kaki mula berasa sakit

c. Tekap bahagian tapak kaki dengan ais apabila berasa sakit

d. Kurangkan aktiviti yang dapat memberi beban kepada kaki

Artikel Lain