SEMASA bersalin, wanita kehilangan terlalu banyak darah. Oleh itu, disarankan agar setiap wanita berehat dan mematuhi amalan tertentu selepas bersalin. Secara umum, tempoh berpantang bagi wanita Melayu adalah antara 40 hingga 55 hari, dan tempoh bersalin bagi wanita Cina dan India ialah 30 hari.ARTIKEL BERKAITAN: Anda pernah bertemu wanita bermisai atau berbulu tebal? Ketahui punca gejala ini Dalam tempoh ini, setiap wanita yang baru bersalin wajib mengikut amalan berpantang seperti dilakukan sejak turun temurun. Amalan kepercayaan dalam tempoh berpantang ini meliputi semua aspek kehidupan seharian seperti pemakanan dan minuman, berpakaian dan juga kebersihan diri. Tetapi persoalannya sekarang, adakah semua kepercayaan ini hanyalah mitos atau amalan tabu yang harus diikuti? Berikut adalah enam mitos yang biasa kita dengar bagi golongan ibu selepas bersalin: 1. Minum minuman sejuk Tidak boleh minum sejuk atau ais semasa berpantang risau urat menjadi kembang atau masuk angin sebenarnya tiada dalam isitilah bidang perubatan. Menurut Dr Irma Izzati Malek, seorang doktor di sebuah klinik swasta di Tanjung Malim, Perak, tiada istilah 'urat kembang' atau masuk angin dalam bidang perubatan. Dalam dunia perubatan sendiri, pengambilan ais tidak akan memberikan kesan kepada tubuh ibu yang baru lepas bersalin. 2. Minum air melebihi satu cawan sehari Menurut Dr Irma, air itu sendiri adalah penting untuk diambil dua sehingga tiga liter sehari apatah lagi bagi ibu yang menyusukan bayi. Air juga penting bagi ibu dalam membantu proses penyembuhan luka-luka dalaman dan luaran yang berlaku semasa proses melahirkan anak. Ada yang berpantang mengikut cara tradisional, sehari segelas air sehingga boleh terjadi darah beku. Kesan daripada kekurangan pengambilan air ini akan menyebabkan badan sangat kering sekali gus mengakibatkan darah menjadi pekat. Risiko ini boleh terjadi disebabkan limitasi atau kurang berjalan bagi si ibu kerana mereka percaya kononnya takut rahim jatuh atau jahitan luka terbuka. 3. Berpantang secara tradisional Dr Irma sendiri tidak gemar dengan stigma menggunakan istilah berpantang secara tradisional atau moden. Baginya, kesan kepada individu itu sendiri berbeza-beza selepas bersalin jadinya si ibu itu sendiri harus mencari inisiatif bagi mendapatkan maklumat melalui sumber internet dan pakar di zaman serba moden ini. Tidak menjadi kesalahan untuk berpantang secara tradisional tapi individu perlu tahu fakta tentang nutrisi penting bagi tubuh. Selain itu, langkah mendapatkan servis berpantang melalui confinement centre berdekatan juga trend masa kini di mana mereka menjaga ibu berpantang dan memberi fokus terutama sekali dari segi pemakanan. 4. Mengehadkan jenis makanan Zaman dahulu, ibu berpantang tidak boleh makan makanan berkuah, bergoreng sebaliknya hanya menjamah makanan berunsurkan kering sahaja. Hanya memasukkan lada hitam sahaja ke dalam makanan sepanjang tempoh berpantang. Tetapi zaman sekarang, banyak makanan telah dipelbagaikan contohnya dengan menggunakan kaedah 'suku-suku separuh', lebih berkhasiat dan makanan dari sumber protein yang tinggi. Protein sangat penting (ayam, telur, ikan) bagi penyembuhan luka selepas bersalin. Pengambilan telur dua biji sehari pun boleh, tetapi kurangkan pengambilan kuning telur. Ibu berpantang selepas bersalin boleh makan semua jenis buah termasuklah durian tetapi elakkan untuk ambil secara berlebihan. "Konsep saya simple sahaja jangan salahkan makanan, sebaliknya cara memasak atau cara kita makan itu yang penting," ujar Dr Irma. Menurut Dr Irma juga, pengambilan telur semasa berpantang juga tidak akan mengakibatkan kawasan luka bernanah atau menjadi lebih parah. 5. Tidak boleh bersenam Bagi yang bersalin secara normal dan tidak menghadapi luka besar, tiada masalah untuk terus melakukan aktiviti ringan bersenam. Memang disarankan untuk para ibu ini berjalan selepas bersalin supaya tidak berlaku kompilasi seperti darah beku kerana darah tidak mengalir secara normal lagi. 6. Memakai sarung kaki atau mengikat rambut seperti sanggul Pemakaian stokin dan ikat rambut setinggi-tinggi yang boleh bertujuan untuk elak angin adalah tidak benar kerana angin tak boleh masuk melalui kulit kita. Sebenarnya waktu hamil lagi digalakkan untuk memakai stokin tetapi tidak perlu berlapis-lapis dan tebal. Dr Irma menyarankan untuk memilih sarung kaki jenis ted atau compression yang boleh dibeli di farmasi. Stokin jenis ini sangat bagus untuk mengelakkan daripada darah beku terjadi kerana masalah ini bermula dari peha lalu merebak ke paru-paru. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)