suria

Tahukah anda, manusia hasilkan 0.2 liter air mata sehari? Pastinya tangisan jadi punca, ini penjelasannya

Air mata merupakan bahasa kedua seseorang itu meluahkan perasaannya. - Gambar Sekadar Hiasan

MENANGIS adalah suatu keadaan di mana seseorang mahu meluahkan perasaan, keinginan atau keadaan yang dialaminya tanpa perlu berkata-kata.

Sesetengah individu itu membiarkan air matanya jatuh dan mengalir di pipi bagi menyatakan apa yang terbuku di dalam hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke menangis boleh beri manfaat? Ini yang akan berlaku jika kita keluarkan air mata

Secara umumnya, manusia menghasilkan 0.2 liter air mata setiap hari dan 100 liter air mata setiap tahun. Bagaimanapun, wanita menghasilkan lebih banyak air mata berbanding lelaki (purata wanita menangis 1.3 kali sebulan).

Menurut kajian pada 2011 yang diterbitkan dalam Journal of Research in Personality, penyelidik percaya bahawa secara biologi, wanita lebih banyak mengeluarkan titisan air mata berbanding lelaki, kerana kelenjar air mata wanita jauh lebih kecil daripada lelaki.

Pun begitu, ia jatuh bukanlah kerana gambaran perasaan semata-mata, kadangkala habuk halus menjenguk ke dalam mata juga boleh menyebabkan seseorang mengalirkan air mata.

Berikut adalah tiga keadaan yang menyebabkan air mata mengalir.

1. Mata bengkak atau sembab

Adakah anda sedar bahawa air mata anda sentiasa mengalir? Ini kerana ia akan melindungi mata daripada kotoran dan habuk.

Apabila melihat dengan lebih dekat, anda akan perasan bahawa mata berair. Inilah bukti bahawa air mata sebenarnya melincirkan dan melindungi mata.

2. Tindak balas kimia

Keadaan yang boleh mencetuskan air mata untuk menitis adalah ketika mengupas bawang - apabila kulit bawang dikupas akan ada tindak balas kimia yang berlaku.

Tindak balas ini menukarkan sulfoksida (bahan yang memberikan bau pedas pada bawang) kepada asid sulfenik.

Gas tersebut akan menyengat dan membuatkan mata mengeluarkan lebih banyak air mata dan tidak dapat dikawal.

Biasanya tangisan yang keluar adalah untuk membuang bahan atau zarah yang boleh membahayakan mata.

3. Emosi

Apabila seseorang terlalu sedih - air mata pasti akan menitis di pipi. Ia berikutan emosi berfungsi untuk menstabilkan mood secepat mungkin.

Tidak hanya air mata, ketika menangis denyutan jantung seseorang akan meningkat manakala pernafasan pula menjadi lebih perlahan.

Pun begitu, saintis masih tidak pasti mengapa air mata dapat membantu untuk menstabilkan perasaan, namun dalam kajian mendapati ia juga mengandungi tahap tekanan lebih tinggi iaitu ACTH dan enkephalin, endorphin dan penahan sakit semula jadi yang dikatakan dapat menenangkan perasaan seseorang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain