PELBAGAI mitos yang disebarkan kononnya dapat mencegah Covid-19 dan terbaharu ada mendakwa minum air kencing sendiri dapat melindungi diri daripada wabak tersebut. Tiada sebarang bukti secara sainstifik menunjukkan bahawa minum air kencing mampu mencegah Covid-19 atau menjaga kesihatan diri malah perbuatan itu sebenarnya boleh membahayakan kesihatan.ARTIKEL BERKAITAN: Anda mungkin terkena Flurona ketika dijangkiti Covid-19, kenali gejala dan cara ubatinya Berikut adalah lima kesan negatif perbuatan minum air kencing sendiri. 1. Penghadaman Pundi kencing mengandungi pelbagai jenis bakteria dan ada di antaranya mampu membahayakan kesihatan. Ketika air kencing memasuki pundi kencing, ia akan melarut dengan bakteria. Minum air kencing sendiri atau pun orang lain sama sahaja dengan memasukkan bakteria ke dalam sistem tubuh sendiri. Perkara ini boleh menyebabkan masalah penghadaman dan jangkitan kuman yang lain. 2. Keracunan Minum air kencing mengandungi pelbagai bahan-bahan yang telah disaring dan dikeluarkan daripada badan manusia. Jika ia tetap berada dalam tubuh, air kencing itu boleh menbahayakan seluruh sistem yang ada. Perbuatan itu akan menyebabkan buah pinggang perlu bekerja dua kali ganda untuk menyaring semua kotoran yang masuk kembali ke dalam tubuh. 3. Ubat Jika seseorang mengambil ubatan tertentu, hasil daripada metabolisme ubat tersebut akan dikeluarkan melalui air kencing. Minum air kencing sendiri dapat mengubah dos ubat yang sudah dimakan. 4. Jangkitan Air kencing manusia biasanya mengandungi bakteria seperti Salmonella pseudomonas Shigella Escherichia coli, atau E.coli Stafilokokus.Semua jenis bakteria tersebut boleh memicu jangkitan, terutama pada orang dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah. 5. Ubah keseimbangan elektrolit Memandangkan air kencing mengandungi garam dan elektrolit lain, meminumnya dapat mengubah kadar elektrolit dalam tubuh. Kandungan garam pada urin juga bersifat diuretik yang meningkatkan risiko dehidrasi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI