suria

Madu untuk kanak-kanak... ketahui 4 manfaatnya yang perlu anda tahu

Madu mempunyai pelbagai kebaikan untuk kanak-kanak.

MADU sudah lama dipercayai sebagai ubat tradisional untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan terutamanya dalam kalangan orang dewasa.

Bagaimanapun, adakah madu selamat diberikan kepada kanak-kanak?

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat tinggal lemak! Granola... tip diet mudah dan berkesan

Madu memang tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak dan bayi di bawah usia setahun kerana ia boleh mengakibatkan botulisme atau keracunan serius yang disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.

Bayi tidak mampu melawan bakteria yang terdapat dalam madu kerana sistem pencernaan mereka belum sempurna. Pun begitu, kanak-kanak berusia lebih dua tahun boleh diberikan, malah sangat bermanfaat kepada golongan ini.

Berikut adalah empat kebaikan madu untuk kesihatan kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas.

Child Active

1. Memberikan tenaga

Madu mengandungi sekitar 82.4 peratus karbohidrat, 17.1 peratus air dan 0.5 peratus protein, asid amini, vitamin dan mineral.

Apabila kandungan karbohidrat madu dipecah, ia akan membentuk 31 peratus glukosa, 12.9 peratus maltosa, sukrosa dan 38.5 peratus fruktosa.

Tubuh akan menyerap glukosa daripada madu melalui usus kecil dan kemudian disalurkan ke dalam darah sehingga membantu meningkatkan kadar gula dalam darah.

Manakala fruktosa tidak disalurkan ke dalam darah sehinggalah kadar gula dalam darah berada dalam keadaan stabil. Sebaliknya, fruktosa akan masuk ke dalam hati.

Ini akan memberikan tenaga kepada kanak-kanak dengan lebih stabil sehingga membuatkan mereka lebih bersemangat dan cergas menjalani aktiviti seharian.

61dc15f90fd0b

2. Meningkatkan pertumbuhan kanak-kanak

Madu terdapat pelbagai khasiat untuk tubuh seperti asid amino, mineral, vitamin C dan vitamin B, mineral, magnesium dan enzim.

Komponen-komponen ini dapat membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan anak secara menyeluruh dan memastikan penyerapan gizi dalam tubuh berjalan dengan baik.

Tidak hanya itu, antioksidan yang terkandung di dalam madu turut dapat meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak.

3. Menyembuhkan luka dengan cepat

Menyapu madu pada luka dapat membantu proses penyembuhan lebih cepat. Ini kerana madu memiliki sifat antioksidan, antibakteria, dan antiinflamasi yang dapat digunakan sebagai 'pembalut' luka dan mempercepatkan proses penyembuhan.

kids-cough-1024x535

4. Meredakan batuk

Kajian dilakukan Universiti Oxford mendapati ubat batuk paling baik adalah madu selepas mendapati ia lebih efektif daripada ubat-ubatan lain yang sedia ada.

Selain itu, madu juga terbukti untuk meredakan hidung tersumbat dan sakit tekak malah madu dapat mengurangkan batuk sebanyak 44 peratus lebih tinggi berbanding ubat-ubatan lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain