suria

SPM makin dekat, dah sedia ke? Aplikasi percuma ini bantu pelajar hadapi peperiksaan, siap dapat hadiah!

Pembelajaran secara dalam talian sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar disebabkan pandemik.

PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu turut meragut semangat pelajar untuk menuntut ilmu apabila sekolah terpaksa ditutup dan mereka perlu belajar secara dalam talian.

Sejujurnya kaedah itu bukan mudah kerana konsentrasi mudah terganggu ditambah pelbagai faktor lain seperti ketiadaan komputer dan talian internet menyukarkan lagi pelajar menimba ilmu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang nak beli hartanah? Tentunya Nextsix aplikasi terbaik...pelopori GPS, teknologi AI mudahkan urusan pemburu rumah!

Atas dasar itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana tampil dengan aplikasi PTTI bagi memudahkan pelajar belajar secara efektif dan percuma sekaligus meningkatkan pemahaman dalam pembelajaran di mana sahaja mereka berada.

Siti Farhana memberitahu PTTI ditubuhkan sebagai platform pendidikan dengan tujuan membantu pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memahami sesuatu subjek dengan lebih mudah dan ringkas ditambah dalam suasana pandemik yang memerlukan pelajar belajar secara dalam talian.

Cikgu Farhana

Cikgu Fana mahu lebih ramai pelajar sekolah manfaat aplikasi dalam talian mereka.

"Kami bukan sahaja menyediakan kelas dalam talian secara percuma tetapi turut memberi bimbingan dan webinar dalam talian dalam kumpulan kecil agar pelajar dapat fokus dan memahami sesuatu subjek dengan lebih baik.

"Sejak ditubuhkan pada tahun tahun lalu, pihak kami telah membantu lebih 30,000 pelajar SPM dan memastikan mereka memperoleh skor terbaik," katanya kepada mStar.

Siti Farhana menambah, selain aplikasi, pelajar juga boleh menimba ilmu secara percuma di platform media sosial PTTI seperti di YouTube, Instagram, Facebook dan TikTok.

Pelbagai subjek disediakan seperti Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Sains dan sebagainya dengan bantuan dan bimbingan daripada guru bertauliah.

Dalam pada itu, Siti Farhana memberitahu sejak memperkenalkan aplikasi itu, pihaknya rancak untuk menarik perhatian pelajar dengan pelbagai cara termasuklah menganjurkan peraduan Aku Pilih PTTI dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Motosikal

Muhammad Haizul bergambar bersama ibu bapa dan motosikal yang dimenanginya.

Tujuan peraduan itu diadakan katanya adalah demi menarik lebih ramai pelajar memuat turun aplikasi tersebut dan mendapat ilmu tambahan yang sangat berguna sebagai persediaan peperiksaan mereka.

"Kali pertama kita adakan peraduan itu sekitar September hingga Oktober lalu dengan menawarkan hadiah iPad. Kali kedua pula pada November dengan ganjaran hadiah utama berupa sebuah motosikal.

"Semakin ramai pelajar itu mengajak kelompok rakannya untuk sama sama belajar dengan menggunakan aplikasi itu, semakin besar potensinya untuk menang. Alhamdulillah apabila ada peraduan seumpama itu, dianggarkan 5,000 menyertai peraduan dan paling utama ilmu dapat disampaikan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, bagi pemenang hadiah utama peraduan itu, pihaknya sudah pun membuat penyampaian motosikal kepada Muhammad Haizul Ahmad, 18, yang berasal dari Jitra, Kedah baru-baru ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan, Paya Kemunting itu menerima hadiah berkenaan menerusi wakil cikgu pusat terbabit, Muhammad Dzulfahmi Salehuddin di kediaman keluarganya.

Iman New Pix

Duta PTTI, Iman Troye.

Bagi meraikan kemenangan itu juga, pusat itu turut mengadakan sesi perkongsian virtual yang turut disertai penyanyi sensasi, Iman Troye dan Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali pada 1 Februari lalu.

Pada sesi berkenaan, Iman atau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin turut berkongsi tips persediaan sebelum melangkah dewan peperiksaan SPM.

Dalam perkembangan lain, kata Siti Farhana, pusat itu juga bakal melancarkan kempen #SediaAwal yang memfokus kepada pelajar tingkatan 4 yang bakal melangkah ke tingkatan 5 pada Mac depan.

Kempen itu jelasnya membolehkan pelajar belajar dan mengakses lebih 100 video pembelajaran secara percuma menerusi aplikasi PTTI untuk persediaan awal menjelang peperiksaan SPM.

"Menerusi kempen itu mereka dapat belajar secara percuma dan boleh mendapatkan lebih 100 video pembelajaran secara percuma untuk persediaan awal.

Bersama Cikgu

Muhammad Haizul (kanan) bersama motosikal dimenangi di samping Cikgu Muhammad Dzulfahmi Salehuddin.

"Malah duta kami, selebriti MK Clique dan Iman Troye juga menyokong usaha ini kerana mereka percaya dalam bidang seni juga memerlukan persediaan awal supaya dapat memberikan yang terbaik dalam lakonan dan nyanyian.

"Begitu juga dalam peperiksaan terutamanya bagi ujian besar seperti SPM, kita kalau boleh nak cuba ubah budaya 'last minute' dalam kalangan pelajar," katanya.

Tidak hanya kempen itu, Siti Farhana juga memberitahu pihaknya turut membuka peluang rakan pelajar SPM dan semua tingkatan untuk memuat naik aplikasi tersebut dan berpeluang memenangi hadiah seperti iPad setiap minggu bermula 21 Februari sehingga 31 Mac depan.

Jelasnya, imbuhan itu sebagai pemangkin semangat kepada pelajar untuk berusaha lebih gigih dalam mempersiapkan diri menjelang peperiksaan.

Pelajar SPM boleh melayari aplikasi www.MampuSkorSPM.com atau memuat turun aplikasi itu sama ada di App Store untuk pengguna Iphone dan Playstore.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain