MALAYSIA merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap penyakit diabetes yang tertinggi di Asia, juga antara paling ramai di dunia selepas Arab Saudi. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019), peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.ARTIKEL BERKAITAN: Strawberi boleh tingkatkan kualiti sperma, 9 makanan ini umpama Viagra semula jadi lelaki Laporan ini turut menunjukkan bahawa satu dalam lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia. Perubahan gaya hidup dapat membantu mencegah seseorang terkena diabetes jenis dua dan perkara ini sangat penting bagi mereka yang memiliki risiko menghidap penyakit itu seperti obesiti, kolesterol tinggi atau sejarah keluarga. Dengan mencegah penyakit itu, seseorang dapat menghindari pelbagai komplikasi kesihatan yang disebabkan olehnya seperti kerosakan saraf, buah pinggang dan penyakit jantung. Berikut adalah beberapa cara mudah mencegah diabetes termasuklah; 1. Mengurangkan berat badan Menurunkan berat badan dapat mengurangkan risiko diabetes. Dalam sebuah kajian, mereka yang berjaya menurunkan tujuh peratus berat badan dengan bersenam dan diet dapat menurunkan risiko terkena penyakit itu sebanyak 60 peratus. The American Diabetes Association menyarankan individu di peringkat pra diabetes perlu mengurangkan sekurang-kurangnya 10 peratus berat badan mereka untuk mencegah diabetes daripada terus berkembang. 2. Lebih aktif Ada banyak manfaat daripada aktiviti fizikal yang dilakukan secara teratur. Senaman bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan tetapi beberapa perkara seperti menurunkan gula dalam darah, meningkatkan sensitiviti terhadap insulin yang membantu menjaga kandungan gula dalam darah. 3. Lebihkan sayur-sayuran Sayur-sayuran mempunyai pelbagai serat dan cukup membantu dalam proses menurunkan berat badan dan risiko diabetes. Selain itu sayuran yang berserat dapat melambatkan proses penyerapan gula dan menurunkan kadar gula dalam darah dengan lebih baik. Ia sekaligus turut mempengaruhi kesihatan jantung, tekanan darah dan keradangan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI