suria

Minum air sejuk beri kesan buruk pada kesihatan, mitos atau fakta? 

Air sejuk memang menyegarkan tetapi betulkah ia boleh jejaskan kesihatan?

SETIAP kali mengalami demam atau sakit tekak pasti ramai di antara kita yang mengelak daripada minum minuman sejuk atau berais kerana ia dikatakan dapat memburukkan lagi keadaan.

Malah wanita yang baharu lepas melahirkan anak juga sering mengelak air sejuk yang kononnya boleh menjejaskan proses pemulihan ketika berpantang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin tak perlu makan ubat, 5 cara mudah ini mampu bantu anda legakan sakit perut

Sebenarnya minum air sangat penting untuk memastikan semua fungsi tubuh dapat bergerak dengan baik termasuklah sistem pencernaan dan metabolisme, menjaga suhu badan dan paling penting agar tubuh tetap terhidrasi.

Benarkah anggapan meminum air sejuk dan berais boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan? Medical News Today melaporkan beberapa kajian menunjukkan ia tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan.

heat%20wave

Air sejuk sebenarnya memberi pelbagai manfaat.

Sebaliknya ia memiliki pelbagai manfaat bagi kesihatan manusia.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa minum air sejuk ketika bersenam dapat meningkatkan daya tahan seseorang.

Contohnya, kajian pada 2012 melibatkan 45 lelaki menemukan bahawa minum air sejuk ketika bersenam secara signifikan mengurangkan kenaikan suhu tubuh berbanding pengambilan air dalam suhu normal iaitu sekitar 16 darjah celcius.

Kajian lain yang diterbitkan pada 2014 pula menyelidik kesan minuman berbeza terhadap prestasi 12 atlet lelaki berbasikal dalam iklim tropika.

Para penyelidik mendapati bahawa minum air berais adalah lebih baik untuk prestasi mengayuh berbanding air pada suhu neutral.

Tidak hanya itu, berdasarkan kesimpulan yang dibuat penyelidik menunjukkan atlet mencapai prestasi lebih baik ketika minum minuman berais perasa mentol.

ice-water

Ada beberapa keadaan tidak dibolehkan mengambil air sejuk.

Pun begitu, air berais tidak digalakkan bagi sesetengah orang yang mengalami keadaan tertentu kerana ia diketahui boleh memburukkan lagi keadaan.

Ini termasuklah mereka yang mengalami masalah kerongkong dan penyakit berkaitan saluran pemakanan seperti achalasia perlu mengelak daripada minum air berais.

Achalasia adalah keadaan di mana seseorang sukar menelan makanan dan minuman. Kajian pada 2012 mendapati air berais boleh memburukkan simptom penyakit itu.

Sementara itu, dalam kajian lain terhadap 669 wanita pada 2001 menunjukkan air sejuk dapat menyebabkan sakit kepala kepada beberapa responden.

Penyelidik melaporkan 7.6 peratus peserta kajian itu mengalami sakit kepala selepas minum 150 ml air ais melalui cara menyedut menggunakan straw.

Mereka juga mendapati ada peserta mengalami migrain aktif, selain berdepan masalah sakit kepala selepas minum air sejuk berbanding mereka yang tidak pernah mengalami sakit itu.

Ada juga mendakwa minuman berais dapat menyebabkan selesema dan sakit tekak, namun tiada bukti secara ilmiah terhadap dakwaan itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain