BATUK merupakan simptom gangguan pada tekak seseorang menandakan gejala sampingan yang mungkin berlaku seperti, demam, lendir atau kahak, kurang minum air, atau rasa pedas menyengat. Terutamanya, batuk yang sering dialami sesetegah orang pada waktu malam semasa terjaga dari tidur tanpa mengetahui punca sebenar.ARTIKEL BERKAITAN: Geng diet pasti nak tahu... ada 8 petanda berat badan mulai turun, jom semak! Selsema antara punca menyebabkan badan mengeluarkan lendir berlebihan seperti di hidung dan kahak. Pun begitu, apabila berbaring lendir boleh menitis ke bahagian belakang tekak dan mencetuskan tindak balas batuk. Bagaimanapun, batuk yang mengeluarkan lendir dikenali sebagai batuk "produktif" atau basah, manakala batuk yang tidak mengeluarkan lendir merupakan batuk "tidak produktif" atau kering sehingga mengganggu waktu tidur. Dalam pada itu, terdapat beberapa punca penyebab batuk kategori kering boleh berlaku pada waktu malam, termasuklah; 1. Jangkitan virus Kebanyakan batuk tidak produktif akibat jangkitan virus hingga menyebabkan selsema dalam jangka beberapa hari, malah boleh menyebabkan demam atau panas badan. Apabila simptom selsema pada hidung berlaku, ia akan mengganggu saluran pernafasan dan biasanya mengambil sedikit masa untuk pulih. 2. Asma Asma adalah satu keadaan yang menyebabkan saluran pernafasan membengkak dan sempit sehingga sukar untuk bernafas. Malah, batuk disebabkan asma boleh menjadi produktif atau tidak produktif yang selalunya lebih teruk berlaku pada waktu malam dan pada awal pagi. 3. Gerd Menurut Healthline, punca batuk kering pada waktu malam juga adalah kerana penyakit gastroesophageal reflux (GERD) iaitu sejenis tindak balas asid kronik dalam badan. Atas dasar itu, ia berlaku apabila asid perut naik pada kawasan leher yang mencetuskan tindak balas batuk yang kering dan sering berlaku pada waktu malam. 4. Postnasal drip Postnasal drip biasanya berlaku apabila badan mengeluarkan lebih banyak lendir daripada biasa, ia berlaku apabila anda mengalami selsema atau alahan. Namun, apabila lendir menitik ke bahagian belakang dalam tekak, ia boleh mencetuskan refleks batuk dan menyebabkan batuk yang kering mengganggu tidur. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI