PEROKOK cenderung memiliki paru-paru yang kotor dan proses detoksifikasi boleh membantu membersihkan organ itu daripada pelbagai racun yang menempel di dalamnya. Ada banyak produk detoks paru-paru yang dijual di pasaran namun tidak semua terbukti memberikan hasil yang memuaskan.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya kerana perbuatan syirik, ini 5 sebab lain mengapa seseorang muntah darah! Sebaliknya, daripada membazir membeli produk-produk tanpa jaminan, detoks paru-paru secara semulajadi boleh dilakukan dan mempunyai tingkat keberkesanan yang tinggi. Paru-paru sendiri sebenarnya mempunyai kemampuan untuk membersihkan dan memperbaiki kerosakan secara semulajadi tetapi perkara itu akan menjadi sukar apatah lagi ketika paru-paru itu sudah rosak disebabkan tabiat merokok atau kesan sampingan akibat Covid-19. Berikut adalah cara detoks paru-paru secara semulajadi; 1. Gunakan pembersih udara Bersihkan paru-paru anda dengan meningkatkan kualiti udara di rumah dengan menggunakan pembersih udara yang banyak dijual di pasaran. 2. Lebih banyak menikmati alam semulajadi Udara segar dan tidak tercemar dapat membantu meluaskan jaringan paru-paru dan membuatnya bekerja dengan lebih baik. Bagaimanapun, jangan lupa untuk memeriksa kadar pencemaran di kawasan yang ingin anda tujui. Hindari melakukan aktiviti di luar ketika cuaca berjerebu. 3. Latihan pernafasan Latihan pernafasan dapat meningkatkan fungsi paru-paru terutamanya bagi perokok. Salah satu cara boleh dilakukan adalah melalui pernafasan perut. Hirup udara hingga perut terasa menggelembung. Hembuskan keluar nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Ulang langkah ini dalam tempoh 10 ke 15 minit setiap hari. 4. Pengambilan vitamin D Pemakanan juga dapat mempengaruhi kesihatan paru-paru. Jadi perbanyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin D. Kajian mendapati vitamin D dapat mengurangkan serangan pada penderita pesakit ashtma. 5. Senaman aerobik Beberapa jenis senaman seperti aerobik mampu membersihkan paru-paru selain berjalan kaki, joging, berbasikal, berenang dan menari. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI