suria

Menahan kencing ketika lakukan seks antara punca rasa pedih, ketahui 5 cara cegah jangkitan

Semakin kerap anda menahan kencing maka mudahlah untuk bakteria berkembang pada saluran pundi kencing.

MEMBUANG air besar atau kecil sepatutnya menjadi rutin setiap individu supaya dapat menjalani kehidupan dengan normal dan sihat.

Bagi yang gemar menahan kencing misalnya ia perbuatan yang tidak baik kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Namun dewasa kini, rata-rata pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital mengadu sakit dan rasa pedih di bahagian kemaluan, terutama golongan wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda... cahaya skrin telefon antara 7 punca rasa letih sebaik bangun tidur

Dikatakan, jangkitan saluran kencing adalah salah satu gejala yang paling biasa berlaku dalam kalangan wanita. Malah, sering mengalami rasa ngilu dan pedih ketika membuang air kecil.

Pun begitu, kebimbangan itu boleh diselesaikan apabila diamalkan secara konsisten setiap hari melalui beberapa cara, termasuklah;

1. Tidak menahan kencing

Penyebab utama rasa pedih dan ngilu adalah jangkitan bakteria yang membiak dalam saluran kencing. Ia berlaku apabila anda menahan air kencing, bakteria akan mudah berkembang.

Menurut Healthline, orang ramai dinasihatkan tidak menahan kencing dan pergi ke tandas setiap empat jam supaya bakteria tidak berpeluang untuk membiak di dalam pundi kencing.

2. Banyakkan minum air

Umum diketahui, seseorang perlu meminum air sekurang-kurangnya tiga liter sehari berdasarkan kajian barat untuk mencegah pelbagai penyakit selain mampu membersihkan dalaman badan.

Ini kerana, air yang diminum menyebabkan bakteria dicuci dan keluar melalui saluran kemaluan. Malah, apabila anda kerap membuang air risiko untuk terkena jangkitan saluran kencing lebih rendah.

3. Jaga kebersihan

Dalam pada itu, anda juga diminta mengambil perhatian dari segi kebersihan. Selepas membuang air kencing, jangan lupa duduk bercangkung dan bersihkan kemaluan dari depan hingga ke bahagian belakang.

Cara itu dengan mudah boleh menghalang bakteria pada dubur daripada memasuki saluran kencing yang boleh menghalang jangkitan itu.

4. Kencing sebelum dan selepas hubungan intim

Melakukan seks bersama pasangan juga boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing tanpa disedari. Atas dasar itu, anda digalakkan membuang air kecil sebelum dan selepas berasrama.

Ini kerana, ketika berada dalam keadaan itu, bakteria dari pasangan akan berpindah ke tempat kemaluan anda yang boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

Sabun

5. Elak produk yang merengsakan

Penggunaan produk yang merengsakan atau menyebabkan pedih dan gatal-gatal seperti pembersih kemaluan, sabun khas, tisu basah adalah tidak digalakkan.

Ia berikutan bahan kimia pada produk itu boleh mengganggu keseimbangan bakteria yang menyebabkan kepedihan hingga kerap menggaru kawasan kemaluan dan menyebabkan bakteria lain muncul.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain