suria

Hidup menumpang tapi beri kebaikan, ketumpang air sebenarnya banyak khasiat termasuk hilangkan jerawat

Ketumpang air atau Sirih Cina mempunyai pelbagai khasiat.

JIKA anda perhatikan di sekeliling pasu bunga yang terbiar atau di tepi-tepi longkang pasti akan ada sejenis tumbuhan yang tumbuh 'menumpang' dan bentuknya seakan-akan daun sirih.

Biasanya, tumbuhan itu akan dicabut dan dibuang apatah lagi ia mudah tumbuh di tempat lembab dan kurang cahaya matahari.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik, banyak kegunaan... apa kata cuba 4 langkah mudah tanam bunga telang

Tumbuhan itu dikenali sebagai ketumpang air atau nama lainnya Sirih Cina yang dikatakan mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan manusia selain sering digunakan sebagai ubat tradisional oleh orang pada zaman dahulu kala.

3761578510

Katumpang air cukup mudah tumbuh di kawasan lembap dan kurang cahaya matahari.

Ketumpang air berbentuk seperti hati, seluruh bahagian daun dan batangnya juga mengandungi kadar air yang tinggi manakala akarnya pula berwarna putih.

Tumbuhan itu dikatakan mengandungi pelbagai zat bagi kesihatan seperti alkaloid, tanin, kalsium oksalat, lemak dan minyak pati.

Berikut adalah lima kebaikan dan kegunaan ketumpang air dan cara memprosesnya sebagai ubat.

Sakit Kepala

1. Ubat sakit kepala ketika demam

Cuci 15 helai daun ketumpang air sehingga bersih dan kemudian tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, tempelkan daun yang sudah ditumbuk tadi kepada bahagian tepi dahi kiri dan kanan.

Jerawat

2. Ubat bisul, jerawat

Cuci dua batang pokok ketumpang air berukuran saiz kecil sekitar 7cm-10cm sehingga bersih dan rebus bersama 300ml air sehingga mendidih.

Minum segelas air rebusan itu ketika ia masih suam dan amalkan dua kali sehari.

Sakit Perut

3. Ubat sakit perut

Ambil daun ketumpang air dalam jumlah secukupnya dan tumbuk sehingga halus. Lalu masukkan ke dalam kain nipis dan perah bagi mengeluarkan air untuk diminum ketika mengalami sakit perut.

Luka terbakar

4. Ubat luka terbakar

Tumbuk sehingga lumat daun ketumpang air dan tempelkan pada kesan luka dan balut dengan kain bersih. Ganti beberapa kali sehari sehingga luka kering dan sembuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain