suria

Sudah booking slot vaksin anak anda? Ini 10 langkah mendaftar dengan mudah di MySejahtera

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera sejak 7 Mac lalu.

IBU bapa atau penjaga di seluruh negara sudah boleh mula mendaftarkan anak mereka untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera sejak 7 Mac lalu.

Sebelum ini, sistem tempahan temu janji untuk PICKids ini hanya boleh dibuat oleh ibu bapa di Lembah Klang sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: PICKids: Tiada paksaan untuk ibu bapa, kanak-kanak dikecualikan daripada sekatan

Perkhabaran terbaharu ini adalah usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan kanak-kanak termasuk perlindungan terhadap varian Omicron yang lebih mudah dijangkiti.

Selepas kanak-kanak didaftarkan sebagai tanggungan (dependent) oleh ibu bapa atau penjaga di MySejahtera, ibu bapa atau penjaga boleh memilih PPV pilihan mereka berdasarkan lokasi, tarikh dan masa pilihan untuk menempah janji temu.

Ibu bapa atau penjaga disyorkan untuk mengemas kini MySejahtera kepada versi terkini sebelum meneruskan untuk membuat janji temu.

4

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin turut turun padang bertemu dengan kanak-kanak yang akan mengambil vaksin.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendaftarkan PICKids di MySejahtera.

1. Daftar anak sebagai tanggungan (dependent) di aplikasi MySejahtera anda

2. Pergi ke skrin utama aplikasi MySejahtera dan klik pada vaksinasi Covid-19.

3. Klik pada nama anak yang ingin diberikan vaksin

4. Klik pada pautan biru 'Klik di sini untuk menempah janji temu tanggungan anda'.

5. Sahkan dan nyatakan bahawa tanggungan anda tidak pernah mengalami alahan yang teruk dan tidak menggunakan ubat blood-thinning. Jika anda menjawab 'tidak' kepada mana-mana soalan tersebut, tanggungan anda akan menjalani penilaian pra-vaksinasi.

6. Jika kedua-dua kotak pada soalan tersebut ditandakan, anda boleh teruskan memilih jenis vaksin dan pusat vaksinasi pilihan. Anda perlu memilih Pfizer (Children) sebagai jenis vaksin

7. Pilih nama PPV dan lokasi PPV pilihan

8. Pilih slot janji temu yang tersedia. Klik ‘See more’ untuk melihat slot-slot tersedia yang lain.

9. Sebelum klik sahkan, pastikan semua maklumat yang dipilih betul (jenis vaksin, PPV, tarikh dan masa janji temu).

10. Slot vaksinasi yang disahkan akan dipaparkan.

Dato_ Dr. Anas Alam Faizli_Medium with Background

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli menasihatkan ibu bapa supaya mendapatkan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak yang layak bagi melindungi mereka daripada komplikasi yang serius, khususnya daripada dijangkiti Sindrom Radang Berbilang Sistem dalam Kanak-kanak (MIS-C).

"Pada Februari lalu, dilaporkan tujuh kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah di Malaysia telah meninggal dunia akibat MIS-C daripada jangkitan Covid-19 dan kes juga menunjukkan peningkatan.

"Penyelidikan membuktikan vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun berkesan dan mampu meningkatkan imuniti dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit yang serius akibat Covid-19. Sila lindungi keluarga anda dengan mendapatkan vaksin," katanya.

Ibu bapa atau penjaga juga boleh merujuk laman web ProtectHealth di www.protecthealth.com.my untuk melihat senarai PPV pilihan yang berdaftar di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di 'Find Vaccination Centre (PPV)'.

Sehingga kini, terdapat 821 PPV fasiliti kesihatan swasta (klinik swasta, hospital pakar swasta, hospital swasta dan pusat penjagaan ambulatori) dan 91 PPV offsite yang berdaftar di bawah ProtectHealth yang menyediakan vaksin untuk PICKids.

Sehingga 28 Februari 2022, sebanyak 879,264 dos vaksinasi untuk PICKids telah diberikan sejak dimulakan pada 3 Februari 2022 dan daripada jumlah itum sebanyak 568, 731 dos atau 64.6 peratus disumbangkan oleh Pengamal Perubatan Swasta dan NGO kesihatan di bawah ProtectHealth.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain