suria

Ramai tak sedar hidap masalah kemurungan, kenali tanda-tandanya

Masalah kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

KEMURUNGAN adalah salah satu masalah mental yang mungkin dihidapi seseorang tanpa disedari.

Masalah itu biasanya disebabkan perasaan sedih yang berpanjangan namun ia bukan rasa sedih yang biasa tetapi tidak mudah dikawal tanpa sebarang sebab tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Senamrobik, vitamin D antara 5 cara detoks paru-paru... perokok patut cuba!

Berikut adalah tanda-tanda kemurungan yang umum terjadi pada seseorang tanpa disedari.

1. Berasa sedih, tertekan atau kekosongan yang berterusan

2. Perasaan putus asa menguasai diri kerana hati mempengaruhi cara sudut pandang tentang kehidupan

3. Berasa bersalah, diri tidak dihargai atau tidak berdaya

4. Gelisah atau mudah marah

5. Kehilangan minat terhadap aktiviti harian atau hobi yang biasanya menarik termasuk terhadap pasangan

depression

Beberapa tanda boleh mengesan seseorang itu mengalami masalah depresi.

6. Penat dan lelah setiap masa

7. Sukar memberi perhatian terhadap sesuatu perkara, mengingati sesuatu dengan terperinci atau sukar membuat keputusan

8. Sukar tidur seperti insomnia, terbangun tengah malam atau mengantuk sepanjang masa

9. Perubahan nafsu makan, tidak berselera atau menjadi kuat makan

10. Terfikir untuk menamatkan nyawa sendiri

11. Mengalami masalah penghadaman

12. Berasa sakit seluruh badan, sakit kepala atau mudah mengalami kekejangan.

depress-1-p1hd1vrczvch6fvv7djabs9wegcsqfdtjv13vkukj4

Kemurungan boleh menyebabkan kehidupan seseorang itu musnah.

Bagaimanapun tidak semua orang yang didiagnos kemurungan akan mengalami semua tanda-tanda tersebut kerana ia ada kalanya berbeza bagi setiap orang.

Malah tiada sebab tertentu seseorang mengalami kemurungan dan biasanya ia disebabkan kombinasi pelbagai perkara termasuk genetik, psikologi, biokimia dan sebagainya.

Selain itu, kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina, usia dan latar belakang sosio ekonomi.

Meskipun terdapat beberapa faktor risiko berlakunya masalah itu, berikut adalah beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan kemurungan.

1. Trauma masa kecil atau remaja

2. Tidak mampu mengatasi peristiwa yang menyedihkan seperti kematian orang tersayang atau tekanan hidup disebabkan pandemik dan kehilangan kerja.

3. Mempunyai perasaan rendah diri

4. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental termasuk gangguan bipolar atau kemurungan

5. Sejarah penyalahgunaan dadah dan alkohol

5dbfa32a3f349

Golongan wanita lebih mudah mengalami depresi.

6. Kesukaran menerima hakikat seperti disahkan menghidap kanser atau penyakit kronik yang lain

7. Kesukaran menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku seperti kecacatan kekal atau kehilangan orang tersayang

8. Pernah mengalami masalah mental lain sebelumnya seperti anoreksia, bulimia, gangguan tekanan pascatrauma (PTSD), anxiety dan sebagainya

9. Kesan sampingan ubat seperti Beta-blocker, Kortikosteroid, Statin iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat masalah kolesterol tinggi

Meskipun kemurungan boleh dialami sesiapa sahaja, tetapi fakta menunjukkan wanita adalah golongan lebih mudah mengalami masalah itu disebabkan faktor hormon dan didikan sejak kecil.

Ini kerana golongan wanita sering dimomokkan dengan pemikiran bahawa mereka adalah insan yang lemah menyebabkan ia boleh mempengaruhi pemikiran dalam setiap perkara dilakukan.

Atas sebab itu juga, wanita lebih kurang mendapatkan bantuan pakar apabila menghadapi masalah kemurungan sehingga ada kes sudah terlambat dan sukar diubati secara terapi mahupun ubat-ubatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain