suria

Bukan hanya kurang tidur, asap rokok antara punca masalah mata panda!

Terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang mengalami masalah mata panda.

MATA panda sering dianggap disebabkan oleh kurang tidur atau keletihan namun sebenarnya alasan itu kurang tepat.

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor boleh menyebabkan seseorang mengalami mata panda iaitu lingkaran berwarna hitam di bawah mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda kerap kentut? Senarai makanan ini mungkin jadi puncanya

Ramai berasa kurang berkeyakinan apabila mata mereka terdapat lingkaran hitam dan ia mencacat penampilan terutamanya bagi yang berkulit cerah.

Pun begitu, berita baiknya, mata panda bukanlah satu masalah yang membahayakan. Apa kata semak penyebab lain kepada masalah ini.

Mata Panda

Pelbagai faktor menyebabkan masalah mata panda termasuk penuaan, kurang zat besi dan trauma.

1. Kurang tidur

Petikan dari All About Vision menyebut, kurang tidur boleh menyebabkan kulit tampak kusam, termasuk di bawah mata. Keadaan ini juga membuatkan terbentuknya kantung di bawah mata dan dapat memberikan bayangan lingkaran hitam, seperti mata panda.

2. Tanda penuaan

Seiring bertambahnya usia, kolagen di kulit akan menipis. Keadaan ini membuat pembuluh darah di bahagian bawahnya semakin menipis, serta menyebabkan bawah mata tampak lebih gelap.

3. Elergi

Ketika seseorang mengalami elergi, tubuh bakal melepaskan zat kimia yang disebut histamin. Keadaan itu akan membuatkan pembuluh darah menjadi lebar dan menyebabkan bawah mata menjadi gelap.

4. Mata gatal

Apabila mata gatal, kita akan cenderung untuk menggosok-gosok bahagian mata. Apabila digosok secara berlebihan, pembuluh darah di bawah mata boleh pecah dan akan membentuk lingkaran hitam.

mata-panda

Kekurangan air juga boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.

5. Kurang air

Hidrasi atau menjaga keseimbangan cecair di dalam tubuh sangat penting untuk kesihatan dan penampilan. Ketika tubuh kekurangan air, bahagian bawah mata akan kelihatan cengkung dan berwarna lebih gelap.

6. Hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi boleh terjadi pada mana-mana bahagian tubuh termasuk kawasan mata. Keadaan ini boleh dipengaruhi oleh faktor paparan terhadap sinaran matahari berlebihan, perubahan hormon dan sebagainya.

7. Kekurangan zat besi

Kadar zat besi yang berada di bawah bacaan normal boleh mengganggu peredaran oksigen ke seluruh tubuh. Keadaan ini juga boleh mempengaruhi jaringan mata dan menyebabkan mata panda.

8. Asap rokok

Terdedah kepada karbon monoksida daripada asap rokok boleh membuatkan kulit di bahagian bawah mata menjadi nipis dan memberi kesan warna gelap.

Selain itu, tabiat merokok juga boleh mempercepatkan proses penuaan.

9. Faktor genetik

Dalam beberapa kes, penyebab mata panda juga boleh disebabkan faktor genetik atau keturunan. Individu yang mempunyai ahli keluarga dengan masalah sama biasanya akan mengalami perkara serupa.

10. Trauma atau kecederaan

Kecederaan atau trauma akibat kemalangan boleh menyebabkan mata membentuk lingkaran hitam di sekitar mata. Bagi yang membuat pembedahan plastik di bahagian wajah turut mengalami masalah serupa. Bagaimanapun ia akan hilang dengan sendiri selepas luka pembedahan sembuh sepenuhnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain