suria

Tak ada masalah kalau nak puasa tetapi pesakit diabetes perlu ikut 4 perkara ini

Pesakit diabetes boleh berpuasa tetapi perlu pastikan empat perkara ini.

BAGI pesakit diabetes, faktor pemakanan yang teratur sangat penting untuk menjaga kestabilan gula dalam darah.

Bagaimanapun, ketika bulan Ramadan, pesakit beragama Islam wajib berpuasa sekiranya keadaan mereka tidak membahayakan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pantau 5 situasi ini... itulah isyarat badan jika terlebih ambil gula

Sebenarnya, adakah golongan ini sesuai berpuasa? Sekiranya golongan ini tetap ingin berpuasa, mereka sebaik-baiknya perlu berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat selain membuat penyesuaian waktu pengambilan ubat dan suntikan insulin.

Ini penting kerana sekiranya pesakit seharian tidak makan dan minum, kadar gula mereka boleh turun dengan mendadak dan boleh mendatangkan masalah lain.

Sekiranya tetap ingin berpuasa, pesakit disarankan untuk melakukan empat perkara ini!

Doctor sitting at desk and writing a prescription for her patient

1. Rujuk doktor

Pastikan anda merujuk dengan doktor sebelum mengambil keputusan untuk berpuasa. Ini kerana bagi pesakit diabetes, puasa akan mempengaruhi kandungan gula dalam darah dan tekanan darah.

Jika pesakit mengambil ubat untuk diabetes dan tekanan darah tinggi, doktor akan menasihatkan agar melakukan perubahan masa mengambil ubat sepanjang Ramadan.

906937

2. Minum air mencukupi

Pastikan minum air secukupnya ketika sahur dan berbuka puasa. Jika cuaca panas ketika bulan Ramadan, cuba untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari atau membataskan aktiviti fizikal.

Cara ini dapat meminimumkan jumlah cecair yang keluar dari badan ketika berpuasa.

Tes-Gula-Darah

3. Periksa gula dalam darah

Perkara paling berbahaya yang boleh terjadi ketika seorang pesakit diabetes berpuasa adalah gula dalam darahnya rendah dan boleh menyebabkan hipoglikemik atau hiperglikemik (gula dalam darah tinggi) dan dehidrasi.

Pastikan pesakit tahu kadar gula dalam darah dengan melakukan ujian. Melakukan ujian itu juga tidak membatalkan puasa.

457bb48e-ab28-4087-aac2-d1acb8f36305-28_23_022881

4. Elak makan berlebihan

Ada segelintir pesakit diabetes merasakan waktu berbuka puasa adalah lesen untuk makan apa sahaja kerana seharian tidak makan dan minum.

Bagaimanapun sikap itu perlu diubah kerana makan secara berlebihan ketika berbuka puasa boleh menyebabkan gula dalam darah melonjak naik sehingga jadi tidak terkawal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain