TRIBUNAL pekerja di United Kingdom memutuskan bahawa memanggil seorang lelaki dengan gelaran 'botak' diklasifikasikan sebagai gangguan seksual di tempat kerja. Keputusan yang disifatkan luar biasa ini dibuat selelepas seorang juruelektrik, Tony Finn membuat aduan terhadap majikannya selepas mendakwa dia diberi gelaran 'botak licin' oleh penyelianya ketika berlaku pertengkaran. ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 10 fobia pelik dalam dunia... Ada yang takut dengan ‘peanut butter’, tak boleh tengok pusat manusia pun ada! Sudah bekerja di syarikat itu selama 24 tahun, Tony bagaimanapun dibuang kerja selepas insiden tersebut. Tony memberitahu tribunal itu bahawa dia tidak kisah jika bekas penyelianya dikenali sebagai Jamie King, memaki hamunnya dengan perkataan kesat tetapi tersinggung dengan penghinaan tentang penampilannya. Panel dipengerusikan oleh tiga hakim pada perbicaraan itu mendapati berlaku gangguan seksual terhadap penghinaan itu kerana keguguran rambut lebih kerap berlaku kepada kaum lelaki berbanding wanita. Tribunal pekerja di United Kingdom mengklasifikasikan 'botak' sebagai gangguan seksual. Penggunaan perkataan 'botak licin' disifatkan telah mencalar maruah mangsa. "Sukar untuk membuat kesimpulan selain daripada tertuduh mengeluarkan kata-kata dengan tujuan mencabul maruah mangsa dan mewujudkan persekitaran menakutkan, merendahkan maruah, memalukan dan menyinggung perasaan. "Perbuatan tertuduh itu jelas untuk menghina. Dalam penghakiman kami, terdapat hubungan di antara perkataan botak dan ciri menggambarkan karakter seksual di antaranya," kata panel hakim ketika membuat keputusan. Terdahulu, peguam kepada tertuduh berhujah bahawa botak tidak boleh dianggap sebagai perkara berkaitan dengan seks kerana ia juga turut berlaku kepada kaum wanita. Tribunal bagaimanapun menolak hujah itu dengan mengatakan penghinaan keadaan kepala botak lelaki sama seperti seseorang bercakap tentang payudara seorang wanita. Bekas majikan Tony juga diarahkan untuk membayar pampasan kepadanya ekoran kejadian itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI