PENYEBAB penyakit tekanan darah tinggi pada kanak-kanaknya kebiasaannya ada kaitan dengan masalah kesihatan sedia ada. Ketika seorang kanak-kanak masuk ke alam remaja, penyakit itu boleh berlaku disebabkan faktor keturunan dan gaya hidup yang tidak sihat. ARTIKEL BERKAITAN: Awas kalau kerap sembelit! Ini tanda-tanda awal kanser usus yang ramai ambil mudah... Ini termasuklah masalah berat badan berlebihan atau obesiti, pemakanan tidak seimbang, kekurangan nutrisi, tidak bersenam dan terdedah kepada persekitaran yang kotor seperti asap rokok. Berikut adalah beberapa penyakit atau keadaan seorang kanak-kanak yang boleh memicu masalah hipertensi. Kerap sakit kepala antara gejala hipertensi dalam kalangan kanak-kanak. 1. Penyakit buah pinggang kronik dan polikistik 2. Masalah jantung seperti pembuluh darah tersumbat 3. Kelainan pada kelenjar adrenal 4. Kelenjar tiroid terlalu aktif atau hipertiroid 5. Masalah penyempitan arteri pembuluh darah ke buah pinggang 6. Gangguan tidur termasuk apnea obstruktif 7. Kesan sampingan ubat-ubatan seperti simulasi untuk ADHD, mengandungi kafein, dekongestan untuk masalah hidung tersumbat, anti inflamasi nonsteroid dan steroid. Pemeriksaan tekanan darah secara berkala boleh menyelamatkan mereka. Kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas yang berisiko menghidap tekanan darah tinggi memerlukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala. Ini termasuk bayi pramatang atau dilahirkan dengan berat badan rendah, menghidap diabetes, kelainan pada jantung dan buah pinggang selain mereka yang mengambil ubat-ubatan. Terdapat beberapa gejala yang boleh dikenal pasti oleh ibu bapa untuk mengetahui sama ada kanak-kanak itu mengalami simptom penyakit itu ataupun tidak. Antara gejalanya adalah; sakit kepala, pandangan menjadi kabur, kerap pitam, degupan jantung laju dan berasa mual. Bagaimanapun, ada di antara kanak-kanak tidak menunjukkan sebarang gejala tertentu dan sebaik-baiknya membawa mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk merendahkan kebarangkalian kanak-kanak dengan risiko untuk terkena penyakit itu seperti mengubah diet rendah natrium, bersenam secara kerap, aktif bergerak. Bagi kanak-kanak yang mengalami hipertensi, terapi ubat-ubatan boleh membantu menurun dan menstabilkan tekanan darah tinggi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI