RAMAI dalam kalangan kita suka mencabut lebihan kulit yang agak menjengkelkan di sekeliling kuku jari tangan. Namun tanpa kita sedar, tabiat ini boleh mendorong seseorang untuk memiliki masalah suka mengutil kulit (ekskoriasi) yang serius. ARTIKEL BERKAITAN: Ini asal usul penyakit cacar monyet... Kenali simptom dan cara penularan Apabila perkara ini terjadi, mengopek kudis atau lebihan kulit yang mati boleh mengakibatkan bahagian itu berdarah, bengkak dan berparut. Sesetengah orang yang berdepan dengan masalah ini juga akan kerap menggaru dalam usaha untuk membuang bahagian yang bagi mereka kelihatan tidak cantik ini. Kekerapan mencabut bahagian kutikula yang tertanggal ini boleh membuatkan individu itu menjadi 'ketagih' yang parah sehingga menjadi gementar dan memerlukan rawatan. Bahagian luka, berkudis atau ruam mula menjadi gatal menyebabkan individu dengan masalah ini mula menggaru. Petanda individu memiliki masalah gemar mencabut kulit sekitar kuku atau skin picking disorder: a) Terlalu kerap mencabut kulit terutama sekali pada waktu siang b) Parut yang jelas kelihatan kesan daripada luka mencabut kulit kuku c) Rasa sedih apabila memikirkan tabiat mencabut kulit kuku yang tidak baik Setelah menghidap beberapa jenis ruam, jangkitan kulit atau kecederaan kecil, anda mungkin cenderung untuk mula mencabut kudis atau ruam yang menyebabkan kecederaan pada kulit serta mengalami kesukaran untuk luka tersebut sembuh. Mengalami kegatalan mendorong individu tersebut lebih kerap untuk menggaru bahagian yang sudah sedia ada luka menyebabkan kitaran ini berpanjangan dan tiada kesudahan. Ketika menghadapi tekanan, mencabut bahagian kulit di celah-celah kuku yang tertanggal boleh dilakukan secara berulang kerada dirasakan dapat membantu kurangkan stres sehingga menjadi tabiat yang tidak sihat. Terdapat empat tip yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini menurut seorang pakar dari Harvard Medical School, Liza Zakhary. Ada individu kerap membuang bahagian kulit di sekeliling kuku dengan menggigitnya. 1. Ketahui punca (trigger) Fahami dan cari penyebab yang menyebabkan berlakunya perkara itu sama ada masalah mental, tekanan atau gemuruh. 2. Terapi Berjumpa dan dapatkan rawatan dengan ahli terapi yang terlatih mengenai masalah ini. 3. Dapatkan rawatan Dapatkan ubat-ubatan oleh pakar yang boleh memberi bimbingan, masa untuk rawatan serta arif terhadap kesan sampingan ubat yang diambil. 4. Pastikan keadaan untuk cabut kulit itu menjadi sukar Menukarkan keadaan sekeliling anda seperti memastikan kuku anda sentiasa pendek, memakai sarung tangan atau bola stres (stress ball) Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI