suria

Sering jadi mangsa tipu? Ini 5 cara baca bahasa tubuh si pembohong!

Ada cara nak kenal si pembohong.

HAKIKATNYA tidak ada sesiapa pun yang suka dibohongi namun adakalanya keperibadian setiap individu yang sukar dijangka membuka ruang ke arah itu.

Namun daripada sudut psikologi, ada banyak cara untuk mengenal pasti individu yang gemar berbohong!

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui bagaimana kajian mendapati pelukan dapat kurangkan tekanan pada wanita

Pakar psikologi dan bahasa tubuh, Dr Darren Stanton berkata, sikap suka berbohong mempunyai variasi dan tahap keparahan tertentu serta kemampuan seseorang mempertahankan penipuan dilakukan dari masa ke masa.

Dr Darren menjelaskan meskipun begitu terdapat cara untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu sedang berbohong atau pun tidak, termasuklah;

Eye Contact

1. Kontak mata berlebihan

Kita sering menganggap seseorang yang sedang berbohong tidak berani menatap mata orang yang ditipunya. Padahal kata Dr Darren, seorang pembohong lebih kerap membuat kontak mata ketika cuba menyakingkan orang yang dibohonginya.

2. Banyak berkedip

Dr Darren menjelaskan pembohong lebih cenderung mengedipkan matanya lebih kerap ketika berbohong sehingga adakalanya sebanyak dua ke tiga kali lebih banyak dalam seminit.

Kerdipan mata dapat dijadikan tanda seseorang sedang berbohong dan ia tanda-tanda yang perlu diperhatikan jika merasakan seseorang berlaku tidak jujur dan menipu.

young-man-hugging-himself-smiling-wide-concept-self-support-care-love-happy-white-t-shirt-standing-isolated-blue-copy-200087193

3. Berpeluk tubuh

Orang yang gemar berpeluk tubuh ketika berbual boleh menjadi petanda ia sedang berbohong kerana ia cuba mencipta 'halangan' dalam usaha membataskan diri dengan orang yang ditipunya.

4. Bertikam lidah

Kebiasaan bertikam lidah sering dilakukan oleh ahli politik ketika berdebat atau berhujah tentang sesuatu dengan pihak lawan.

Cara yang sama juga ternyata dilakukan oleh seorang pembohong kerana dengan cara itu mereka cuba mempertahankan diri daripada diketahui sedang berbohong atau cuba mengelirukan orang lain.

how-to-be-more-talkative

5. Perubahan nada suara, sukar jawab soalan

Tanda-tanda seseorang itu sedang berbohong boleh dikaitkan dengan caranya bercakap. Dr Darren menjelaskan nada seorang pembohong biasanya berubah-ubah apabila mereka tidak jujur.

Biasanya nada suara mereka akan jadi lebih tinggi atau tergagap-gagap apatah lagi ketika menjawab soalan selain cuba bermain dengan kata-kata bagi mengelirukan orang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain