suria

Anak meragam ketika batuk dan selesema? Doktor ini kongsi 6 tip atasi masalah kahak si kecil

Dr Mazliana menjelaskan pemakanan yang sihat penting untuk proses penyembuhan ketika kanak-kanak mengalami masalah kahak.

SEBAGAI ibu bapa, pasti berasa resah apabila bayi atau anak-anak mereka mengalami masalah kahak akibat daripada batuk dan selesema yang berterusan.

Melihat mereka merengek dan berada dalam keadaan tidak selesa memang menyedihkan. Persoalannya adakah terdapat cara tertentu untuk menghilangkan kahak bayi?

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan panik! Ini yang boleh ibu bapa lakukan sekiranya anak dijangkiti HFMD

Berkongsi mengenai perkara itu, doktor perubatan, Dr Mazliana Mazlan menjelaskan perkara utama yang ibu bapa boleh lakukan adalah mengelakkan makanan jenis ultra proses kerana ia penggalak kahak.

Makanan ultra proses adalah yang sudah diproses serta ditambah dengan food addivities seperti gula, garam, lemak, perasa dan sebagainya.

cara-buang-kahak-bayi

Pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak mereka selesa ketika mengalami masalah selesema dan kahak. - Gambar sekadar hiasan

Contoh makanan ultra proses adalah ais krim, nuget, mi segera, minuman ringan, kicap, bijiran berperasa dan sebagainya.

Jelas Dr Mazliana, makanan juga boleh menjadi ejen pencair kahak jika dibuat dengan betul seperti singgang ikan dan sup ayam.

Juadah seperti ini katanya, boleh dipelbagaikan dengan mencampurkan ramuan 'pemusnah kahak'.

Dr Mazliana turut berkongsi enam jenis makanan yang boleh mengurangkan masalah kahak kanak-kanak.

1. Ikan - Kandungan omega 3 dalam ikan boleh mengurangkan keradangan dalam badan kanak-kanak.

Sup Ayam

Juadah bersup cukup baik untuk anak yang tidak sihat.

2. Bawang - Allium dalam bawang sebagai anti-keradangan untuk mengurangkan penghasilan kahak.

3. Makanan tinggi fiber - Buah-buahan dan sayuran seperti sayur hijaum nanas dan pir tinggi dengan fiber untuk membantu mencairkan kahak.

4. Kalsium - Dalam sayur capsicum terdapat capsaicin iaitu unsur kimia yang membantu mengurangkan kahak.

5. Air - Ia wajib menjadi 'kawan baik' anak apabila mengalami batuk kerana air yang cukup akan membantu memecahkan dan mencairkan kahak.

Ikan

Kandungan omega 3 dalam ikan boleh mengurangkan keradangan dalam badan kanak-kanak.

Boleh juga mengambil air kelapa sebagai kepelbagaian dalam diet anak ketika tidak sihat.

6. Sup - Makanan bersup dengan ramuan tinggi nutrisi boleh mengurangkan masalah kahak. Ia makanan utama yang perlu dihidangkan apabila anak-anak tidak sihat.

Jelas Dr Mazliana, pemakanan bukan ubat tetapi ia boleh membantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.

"Banyakkan 'real food' untuk anak-anak dan sebaik-baiknya jauhkan makanan proses daripada mereka," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain