suria

Sering terlelap ketika memandu? Ambil tahu punca microsleep, elak tidur yang bawa maut

Waktu tidur yang tidak cukup menyebabkan badan 'berhutang'.

KEMALANGAN jalan raya yang berpunca daripada 'microsleep' sering dilaporkan.

Walaupun situasi itu hanya berlaku dalam tempoh kurang 30 saat, namun kesannya adalah sangat besar termasuk mengakibatkan kematian.

Mungkin ramai biasa mendengar perkataan microsleep, namun adakah anda tahu bagaimana ia terjadi dan siapa yang boleh 'menghidapnya'?

Untuk pengetahuan, microsleep merupakan tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan sering kali berlaku dalam tempoh masa antara satu hingga 30 saat ketika memandu namun ada juga kes yang terjadi di mana seseorang itu tertidur tanpa sedar ketika melakukan aktiviti lain seperti mengendalikan mesin peralatan yang membahayakan.

Difahamkan, ia terjadi disebabkan pola tidur yang tidak menentu, kepenatan yang keterlaluan mahupun kerana sistem saraf badan yang tidak berfungsi secara normal.

Justeru apakah langkah terbaik yang harus dilakukan bagi mengelak berlakunya microsleep?

Sleep apnea juga boleh mencetuskan komobiditi yang serius seperti strok, kencing manis, penyakit jantung dan juga berpotensi mendapat.

Ramai yang mengabaikan waktu tidur.

Menurut Pakar Neurologi Dr Lim Poh Hin, punca terjadinya insiden tidur singkat itu adalah kerana seseorang individu itu tidak mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi.

Tidur adalah komponen penting, tetapi malangnya ia sering diabaikan.

Mendapatkan waktu tidur yang mencukupi juga boleh membantu mencegah penambahan berat badan berlebihan, penyakit jantung dan penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Seseorang individu boleh mengikut panduan jumlah waktu tidur mengikut usia berikut:

Bayi

4 - 12 bulan: 12 hingga 16 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

Kanak–kanak

1 - 2 tahun: 11 hingga 14 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

3 - 5 tahun: 10 hingga 13 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

6 - 12 tahun: 9 hingga 12 jam setiap 24 jam

Remaja

13 - 18 tahun: 8 hingga 10 jam setiap 24 jam

Dewasa

7 jam atau lebih setiap malam

Tidur yang tidak berkualiti boleh menyebabkan sleep apnea berlaku.

Tidur yang tidak berkualiti boleh menyebabkan sleep apnea berlaku.

'Hutang' tidur punca microsleep terjadi

Jika sering kekurangan waktu tidur, otak akan 'menuntut hutang' tidur pada waktu-waktu yang lain sepanjang hari dan ia puncanya terjadi microsleep.

Bagaimanapun, bukan semua yang mendapatkan waktu tidur mencukupi tidak akan mengalami microsleep.

Ia berikutan, seseorang yang berjaya memenuhi keperluan tidurnya berkemungkinan tidak memperoleh tidur yang berkualiti disebabkan 'sleep apnea' yang dialami.

Sesetengah individu akan merasakan dirinya mendapat tidur yang mencukupi, tetapi sebenarnya dia telahpun terjaga beberapa puluh atau beberapa ratus kali pada waktu malam disebabkan oleh pernafasan yang tidak betul.

Ketika tidur, pangkalan otak akan membantu kita bernafas dengan automatik. Tetapi bagi sesetengah individu, mereka akan mengalami 'obstructive sleep apnea' iaitu ketika lidah terjatuh ke belakang lalu menutup ruang pernafasan menyebabkan kadar oksigen menurun dan karbon dioksida menaik.

Ketika ia berlaku, otak akan memberi isyarat kepada untuk mengejutkan anda daripada tidur supaya boleh bernafas dengan betul.

Strok dan penyakit jantung juga boleh berlaku jika tidak cukup tidur.

Strok dan penyakit jantung juga boleh berlaku jika tidak cukup tidur.

Komobiditi serius boleh berlaku

Sleep apnea juga boleh mencetuskan komobiditi yang serius seperti strok, kencing manis, penyakit jantung.

Selain itu, antara keadaan lain yang berlaku akibat tidak cukup tidur adalah seseorang individu berkemungkinan menghidap 'absence seizure' iaitu sawan yang singkat dan tiba-tiba. Ia lebih cenderung berlaku kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Seseorang yang mengalami absence seizure mungkin kelihatan seperti dia merenung kosong ke angkasa selama beberapa saat dan kembali normal dalam beberapa saat.

Bagi seseorang yang ingin mengetahui sama ada mengalami sleep apnea, dia akan dipasangkan sebuah alat pengesan seperti polysonography pada badan bersama EEG (electroencephalogram), ECG (electrocardiogram) dan oksigen.

Setelah itu, individu tersebut akan diperhatikan di bawah jagaan pakar sepanjang malam kerana tujuan pemasangan alat itu adalah untuk pola tidur termasuklah waktu tidur dan waktu terjaga.

Jika keputusan menunjukkan penurunan paras oksigen, individu tersebut mungkin mengalami sleep apnea. Namun, jika keputusan polysonogram ini menunjukkan tanda-tanda 'absence seizure', ini bermaksud gangguan tidur adalah tidak disebabkan sleep apnea.

Terdapat juga individu yang mengalami keadaan di mana mereka sentiasa ingin tidur, yang dinamakan Narkolepsi iaitu keadaan otak jangka panjang yang jarang berlaku hingga menyebabkan seseorang tiba-tiba tertidur pada waktu yang tidak sesuai.

Mereka ini perlu mendapatkan perskripsi doktor untuk mengambil ubat modafinil.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain